TOKOH KRAF NEGARA
tokoh kraf
Anugerah Tokoh Kraf Negara ialah pengiktirafan tertinggi yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia melalui kelulusan Jemaah Menteri pada tahun 1996. Anugerah ini bagi memberi galakan dan semangat kepada pengusaha kraf berkemahiran supaya lebih kreatif, inovatif dan produktif agar dapat mempertahankan seni kraf tempatan di samping menyumbang kepada perkembangan sosioekonomi negara. Tokoh Kraf Negara merupakan pakar rujuk yang mempunyai kredibiliti serta menunjukkan ketokohan, prestasi dan sumbangan yang cemerlang dalam usaha memulihara, memelihara serta memartabatkan seni kraf negara di peringkat nasional dan antarabangsa.
ADIGURU KRAF
tokoh kraf
Pengiktirafan Adiguru Kraf mula dilaksanakan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia pada tahun 1987. Ianya bertujuan untuk memulih serta memelihara kemahiran dan kesenian kraf tangan tempatan ke arah kelestarian industri kraf negara. Adiguru Kraf adalah pengusaha kraf yang mempunyai tahap kepakaran tinggi dalam bidang penciptaan dan ketukangan produk kraf yang mempunyai identiti tempatan. Adiguru Kraf juga berperanan penting dalam usaha memulihara dan memelihara seni kraf negara melalui kesungguhan serta kesediaan untuk mewariskan ilmu dan kemahiran kepada generasi pelapis. Pengiktirafan ini sekaligus dapat mengukuhkan imej dan peranan tokoh sebagai pakar rujuk bagi memartabatkan seni kraf negara di peringkat nasional dan antarabangsa.