TOKOH KRAF NEGARA
ADIGURU KRAF SERAMIK
HAJAH ROHANA BINTI ABD RAHMAN
Nama : Hajah Rohana binti Abd Rahman
Bidang Kraf : Hasil Tanah
Adiguru Kraf : Seramik
Negeri : Selangor
Tarikh Lahir : 24 Februari 1959
Lantikan Adiguru Kraf : Tahun 2019
Lantikan Tokoh Kraf Negara : Tahun 2020
Beliau menghasikan produk cenderamata perkahwinan, table ware items, cenderamata korporat, hiasan rumah serta hadiah perayaan dengan menggunakan pelbagai hiasan motif flora pada permukaan dan reka bentuk produk
Rohana binti Abd Rahman dilahirkan pada 24 April 1959 di Kedah dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Beliau merupakan usahawan kraf wanita pertama yang mengusahakan produk kraf seramik secara komersial menggunakan teknik gerlis dengan kapasiti pengeluaran berskala besar melalui syarikat Sweet Touch Ceramic Sdn. Bhd. bagi tujuan eksport. Kepakaran menghasilkan produk beridentiti tempatan dengan hiasan motif flora dan fauna menjadikan produknya diterima oleh semua lapisan masyarakat di peringkat domestik dan antarabangsa. Ketokohan dan sumbangan beliau dalam memartabatkan industri kraf seramik diiktiraf melalui pelantikan sebagai Adiguru Kraf Seramik pada tahun 2019 dan dianugerahkan sebagai Tokoh Kraf Negara pada tahun 2020.
Rohana binti Abd Rahman was born on 24 April 1959 in Kedah and grew up in Kuala Lumpur. She is the first women craft entrepreneur to commercially produce ceramic craft products on a large scale for export purposes using the glaze technique through her company Sweet Touch Ceramic Sdn. Bhd. Her mastery in the production of craft products bearing local identity which are intricately adorned with flora and fauna motifs elevated the level of her product acceptance encompassing both the local and international community. Her stewardship and contribution towards the elevation of ceramic craft have been duly recognised through the conferment as a Master Craftsman of Ceramic in 2019 and the presentation of the National Master Craftsman award in 2020.





