ADIGURU KRAF BLOK BATIK
Md. Ghani bin Mat
Nama : Md. Ghani bin Mat
Bidang Kraf : Hasil Logam
Adiguru Kraf : Blok Batik
Negeri : Kelantan
Tarikh Lahir : 23 Disember 1956
Lantikan Adiguru Kraf: Tahun 2011
Beliau sering menggubah dan menggunakan reka corak yang berunsurkan motif flora
Md Ghani bin Mat dilahirkan pada 23 Disember 1956 di Pasir Mas, Kelantan. Beliau mahir menghasilkan blok batik dengan olahan pelbagai motif dan reka corak flora yang sejajar dengan peredaran semasa serta menjadi ikutan pengusaha kraf blok batik khususnya di negeri Kelantan. Beliau berjaya menghasilkan inovasi yang melancarkan proses penghasilan kepingan sumbat yang kemas dan sekata. Beliau turut mempelbagaikan fungsi blok melalui penghasilan blok berbingkai untuk dijadikan cenderamata atau perhiasan dinding.
Md Ghani bin Mat was born in Pasir Mas, Kelantan on 23 December 1956. He is a virtuoso in the creation of batik blocks featuring accenting various motifs and beautiful floral designs which resonates with the current trend and are emulated by other producers of batik block crafts, especially in the state of Kelantan. He innovated the process of producing neat and even stuffing pieces. He also initiated the multifunctional purpose for batik blocks through the production of framed blocks that can serve as souvenirs or wall decorations.
PENGENALAN
Md. Ghani bin Mat dilahirkan pada 23 Disember 1956 di Wakaf Bharu, Kelantan. Beliau merupakan anak kepada pasangan Mat bin Ismail dan Che Minah binti Haji Abdullah. Beliau mendapat pendidikan tertinggi di Sekolah Kebangsaan Ibrahim, Pasir Mas, Kelantan. Beliau mempelajari kemahiran membuat blok batik dengan menghadiri kursus di Lundang, Kota Bharu, Kelantan.
DAYA KREATIVITI DAN INOVASI
Beliau sering menggubah dan menggunakan reka corak yang berunsurkan motif flora untuk disesuaikan mengikut kehendak dan cita rasa pelanggan. Blok batik yang dihasilkan oleh Encik Md. Ghani sentiasa menjadi ikutan dan contoh kepada pengusaha kraf blok batik khususnya di sekitar negeri Kelantan. Hasil tangan beliau sentiasa dikagumi kerana kualiti dan kekemasan yang dihasilkan.
Md. Ghani Mat turut menggunakan alatan moden dalam proses membuat blok batik sama ada yang hendak dijual atau tempahan khas kerana alatan ini dapat mempertingkatkan lagi proses kerja selain daripada menjaga kualiti produk. Pada masa yang sama, juga beliau juga menggunakan kaedah tradisional di dalam pembuatan blok batik ini.
PENCAPAIAN
Md. Ghani Mat sering menjadi rujukan dalam kalangan tukang kraf blok batik dan pengusaha batik setempat yang baru menceburi bidang kraf batik. Beliau turut menjadi rujukan berkaitan dengan blok batik dari pihak-pihak tertentu seperti Yayasan Budi Penyayang bagi menjayakan program Pertandingan Piala Seri Endon dan Kuala Lumpur International Batik (KLIB).
Selain itu, beliau juga dijemput menyertai aktiviti demonstrasi pembuatan blok batik, menjadi pengajar di bengkel-bengkel blok batik dan sebagai panel program bual bicara berkaitan dengan blok batik anjuran Kraftangan Malaysia. Bagi menghargai sumbangan tersebut, Kraftangan Malaysia telah melantik beliau sebagai Adiguru Kraf Blok Batik pada tahun 2011.




