Adiguru Kraf Tembikar Mambong

Zainab binti Husain

Nama : Zainab binti Husain
Bidang Kraf : Hasil Tanah
Adiguru Kraf : Tembikar Mambong
Negeri : Kelantan
Tarikh Lahir : 21 Disember 1947
Lantikan Adiguru Kraf : Tahun 2024

Zainab binti Husain mula mempelajari seni kraf pembuatan tembikar ketika berusia 16 tahun melalui suami dan ibu mertuanya. Dilahirkan pada 21 Disember 1947 di Kota Bharu, Kelantan. Beliau berpengalaman selama 59 tahun mengusahakan kraf tembikar di Kuala Krai, Kelantan. Kepakarannya terbukti apabila menguasai kemahiran pembuatan secara tradisional, melalui teknik picit cubit, lingkaran (coiling) dan tampalan (stamping) bagi dekorasi motif pada permukaan produk. Penggunaan tanah mambong yang unik (berhabuk keemasan) dan pengekalan reka corak warisan seperti bulan sabit, tulang ikan dan pucuk rebung menjadikan setiap produk yang dihasilkan beridentiti tempatan. Beliau telah menerima Anugerah Sanggar Mestika pada tahun 2020 anjuran Malaysian Craft Council.


PENGENALAN

DAYA KREATIVITI DAN INOVASI

PENGALAMAN, PENGLIBATAN DAN PENCAPAIAN

GALERI


Video