Adiguru Kraf Tembikar Mambong
Zainab binti Husain
Nama : Zainab binti Husain
Bidang Kraf : Earth-based Products
Adiguru Kraf : Tembikar Mambong
Negeri : Kelantan
Tarikh Lahir : 21 Disember 1947
Lantikan Adiguru Kraf : Tahun 2024
Zainab binti Husain mula mempelajari seni kraf pembuatan tembikar ketika berusia 16 tahun melalui suami dan ibu mertuanya. Dilahirkan pada 21 Disember 1947 di Kampung Kedai Buloh, Kota Bharu, Kelantan. Beliau berpengalaman selama 59 tahun mengusahakan kraf tembikar di Kampung Mambong, Kuala Krai, Kelantan. Kepakarannya terbukti apabila menguasai kemahiran pembuatan produk tembikar mambong secara tradisional, melalui teknik picit cubit, lingkaran (coiling) dan tampalan (stamping) bagi dekorasi motif pada permukaan produk.
Hasil kerjanya menjadi cerminan kepada produk kraf tradisi yang beridentiti tempatan dan mengekalkan reka corak warisan seperti bulan sabit, tulang ikan, bentuk v dan pucuk rebung. Menjadi pakar rujuk dalam seni pembuatan tembikar tradisional, kesungguhan beliau mempertahankan seni kraf warisan untuk kekal terpelihara diiktiraf apabila menerima Augerah Sanggar Mestika pada tahun 2020 anjuran Malaysian Craft Council dan seterusnya dilantik menjadi Adiguru Kraf 2024.
Zainab binti Husain’s inception in the craft of pottery-making began when she was 16 years old through the tutelage of her husband and mother-in-law. She was born on 21 December 1947 in Kampung Kedai Buloh, Kota Bharu, Kelantan. Amassing over 59 years of experience in the production of pottery craft in Kuala Krai, Kelantan.
Her virtuosity is proven through her ability to master the intricate skill of traditional pottery craftmaking through the application of various techniques such as picit cubit, coiling, and stamping presented as decorative motifs on the product surface. The use of the unique mambong soil (golden dust) and conservation of heritage designs such as the bulan sabit, tulang ikan, and pucuk rebung gives a local identity feature to each of her products. She was accorded the Sanggar Mestika Award in 2020 organized by the Malaysian Craft Council. She was later appointed as the Master Craftsman of Mambong Pottery in 2024.





