ADIGURU KRAF PERTUKANGAN PERAK

MOHD ARIFFIN BIN WOOK

Nama : Mohd Ariffin bin Wook
Bidang Kraf : Hasil Logam
Adiguru Kraf : Pertukangan Perak
Negeri : Kelantan
Tarikh Lahir : 16 November 1949
Lantikan Adiguru Kraf : Tahun 2024


Mohd Ariffin bin Wook juga dikenali sebagai Pak Nawi, dilahirkan pada 16 November 1949 di Kampung Paloh, Palekbang, Tumpat, Kelantan. Melebihi lima dekad pengalaman, beliau mula menceburi bidang pertukangan perak pada tahun 1969. Kehalusan hasil kerja tangan beliau terserlah melalui kepelbagaian reka bentuk produk dengan olahan motif flora seperti bunga raya, bunga ketumbit, bunga tanjung, bunga kangkung dan reka corak awan larat tunggal.

 

Kepakaran dan kemahiran dalam pelbagai teknik pertukangan perak seperti teknik pahat pasir, pahat bunga, tebuk tembus dan spinning terserlah melalui penghasilan pelbagai produk pertukangan perak seperti peralatan majlis perkahwinan, cenderamata, hiasan dan perhiasan diri. Beliau komited melestarikan seni kraf pertukangan perak dalam pelbagai aktiviti anjuran agensi kerajaan dan swasta serta menjadi pakar rujuk kepada pengusaha kraf perak di kawasan sekitar dan pelajar institusi pengajian tinggi. Pada tahun 2020 beliau menerima Anugerah Sanggar Mestika anjuran Malaysia Craft Council dan dilantik menjadi Adiguru Kraf pada tahun 2024.

 

Mohd Ariffin bin Wook better known as Pak Nawi was born on 16 November 1949 in Kampung Paloh, Palekbang, Tumpat, Kelantan. Amassing over five decades of experience, his initiation in silversmithing began in 1969. His intricate craftsmanship is stunningly visible through the embodiment of flora motifs such as bunga raya, bunga ketumbit and bunga tanjung which feature the uniqueness of the awan larat tunggal design.

His mastery in the application of various silversmithing techniques such as the pahat pasir, pahat bunga, tebuk tembus and spinning are evident through the production of an array of amazingly beautiful silverware used as equipment in wedding ceremonies, souvenirs, decorations and personal ornaments. He is dedicated to preserving the art of silversmithing through various activities organized by government and private agencies, besides serving as a reference expert for silversmith entrepreneurs in the surrounding areas and students at higher learning institutions. In 2020, he received the Sanggar Mestika Award organized by the Malaysian Craft Council and was appointed as the Master Craftsman of Silversmith in 2024.

GALERI