TOKOH KRAF NEGARA
ADIGURU KRAF UKIRAN HALUS PERSENJATAAN
Allahyarham Tengku Ibrahim bin Tengku Wook
Nama : Allahyarham Tengku Ibrahim bin Tengku Wook
Bidang Kraf : Hasil Rimba
Adiguru Kraf : Ukiran Halus Persenjataan
Negeri : Terengganu
Tahun Kelahiran : 1929
Lantikan Adiguru Kraf : Tahun 1995
Lantikan Tokoh Kraf Negara : Tahun 1998
Beliau menyimpul pelbagai falsafah dan firasat dalam setiap reka corak ukirannya yang diilhamkan daripada unsur tumbuhan, awan larat serta bentuk geometri
Allahyarham Tengku Ibrahim bin Tengku Wook atau lebih dikenali sebagai Ayah Ku merupakan anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan dan dilahirkan pada tahun 1929. Beliau kemudiannya telah berhijrah dan menetap di Kampung Gong Kemuntong, Besut, Terengganu. Kemahiran beliau mengukir ukiran halus pada hulu dan sarung keris menjadi rujukan kepada pengukir di Malaysia. Karya ukirannya mempunyai olahan motif tumbuh-tumbuhan, awan larat dan geometri bagi membentuk reka corak yang tersendiri. Kepakaran beliau terserlah melalui kreativiti mengukir pada kayu, tanduk, gigi ikan dan gading. Menerima pengiktirafan sebagai Adiguru Kraf Ukiran Halus Persenjataan pada tahun 1995 dan dianugerahkan sebagai Tokoh Kraf Negara pada tahun 1998. Pada tahun 2000, beliau telah menghembuskan nafas terakhir ketika berusia 71 tahun.
The late Tengku Ibrahim bin Tengku Wook fondly called Ayah Ku was born in Kota Bharu, Kelantan, in 1929. He later migrated and settled in Kampung Gong Kemuntong, Besut, Terengganu. His impeccable skill in the fine art of carving intricate designs on keris hilt and scabbard turned him into a reference point for carvers in Malaysia. His masterpieces portray the immersive motifs of plants, cloud formations and geometric designs that are regaland unique His enigmatic talent is evident through his ability to carve on various materials including wood, hom, fish tooth and ivory. He was conferred as a Master Craftsman of intricate Carving for Weapons in 1995 and was awarded the title of National Master Craftsman in 1998. In the year 2000, he sadly passed away at 71 years old.




