TOKOH KRAF NEGARA
ADIGURU KRAF PERTUKANGAN PERAK
Allahyarham Haji Abdul Manan Bin Haji Yakub
Nama : Allahyarham Haji Abdul Manan bin Haji Yakub
Bidang Kraf : Hasil Logam
Adiguru Kraf : Pertukangan Perak
Negeri : Kelantan
Tarikh Lahir : 10 Jun 1944
Lantikan Adiguru Kraf : Tahun 2008
Lantikan Tokoh Kraf Negara : Tahun 2011
Daya kreativiti beliau terserlah melalui pemilihan, penggunaan dan penggubah reka corak berunsurkan motif flora yang disesuaikan mengikut kehendak dan citarasa pelanggan
LATAR BELAKANG PENGLIBATAN
Allahyarham Abdul Manan bin Yakub atau lebih dikenali sebagai Pok Teh dilahirkan pada 10 Jun 1944 di Kampung Sireh Kota Bharu, Kelantan. Beliau mahir menghasilkan barangan perak kasar (silverware) dan perhiasan diri dengan menggunakan pelbagai teknik, seperti tuangan menggunakan tulang sotong (cuttlebone casting), pintalan dawai perak (filigree) dan pahat (chasing). Keunikan hasil kerja tangannya terserlah melalui penghasilan reka corak dengan olahan motif seperti pucu rebung, daun jawa dan tapak lembing. Kemahiran beliau diiktiraf oleh institusi diraja sehingga menjadi tukang kraf perak Istana Kelanan Melalui kesungguhan dan penglibatan beliau dalam pembangunan dan pengekalan kraf warisan, beliau dilantik sebagai Adiguru Kraf pada tur 2008. Seterusnya, dianugerahkan sebagai Tokoh Kraf Negara dan meninggal dunia pada tahun 2011.
The late Abdul Manan bin Yakub fondly known as Pak Teh was born on 10 June 1944 in Kampung Sireh, Kota Bharu, Kelantan. He is a master in the production of coarse silverware and personal jewellery through the manipulation of various techniques, such as cuttlebone casting, filigree and chasing. His intricate handiwork is further expounded through the creation and inception of various designs and motifs such as bamboo shoots, Java leaf and spearhead. His mastery in the art of silversmith was honoured and recognised by the royal institution and conjured forth involvement in the preservation and elevation of this craft heritage, he was appointed as a Master Craftsmen in 2008. Subsequently, he was awarded the tittle of Master Craftsmen in 2011 and sadly passed away the same year.




