ADIGURU KRAF TENUNAN ASLI SABAH (DASTAR)

Allahyarhamah Hajah Ramiah binti Abdullah

Nama : Allahyarhamah Hajah Ramiah binti Abdullah
Bidang Kraf : Tekstil
Adiguru Kraf : Tenunan Asli Sabah (Dastar)
Negeri : Sabah
Tarikh Lahir : 11 Mei 1933
Lantikan Adiguru Kraf : Tahun 1987

Beliau mahir dalam menghasilkan reka corak dari motif binatang seperti ayam dan kuda yang biasanya menjadi kebanggaan suku kaum Bajau

Allahyarhamah Ramiah binti Abdullah dilahirkan pada 11 Mei 1933 di Kampung Merabau, Kota Belud, Sabah. Penglibatan beliau dalam tenunan dastar bermula seawal usia 12 tahun dengan mewarisi kemahiran ini daripada ibunya. Beliau mahir dalam menghasilkan reka corak serta motif haiwan seperti ayam dan kuda yang menjadi kebanggaan kaum Iranun. Kreativitinya terserlah apabila beliau menambahkan motif geometri di dalam hasil tenunannya. Selain kapas, beliau menggunakan benang serat nenas yang diproses sendiri sebagai salah satu bahan tenunan. Beliau juga berkemahiran dalam menenun kain mugah, baraguru, ampik, tapak sila dan kain siambitan. Beliau telah meninggal dunia pada 20 Ogos 2010.

 

The late Ramiah binti Abdullah was born on 11 May 1933 in Kampung Merabau, Kota Belud, Sabah. Her involvement in dastar weaving began as early as at the age of 12 by inheriting the skills from her mother. She was expert in producing patterns and motifs of animals such as chickens and horses which are the pride of the Iranun ethnic. Her creativity was evident when she added geometric motifs in her woven products. In addition to cotton, she used pineapple fiber thread that she produced and processed herself as one of the weaving materials. She was also skilled in weaving mugah, baraguru, ampik, tapas sila and siambitan cloth. She passed away on 20 August 2010.

#dastar


PENGENALAN

Allahyarhamah Hajah Ramiah binti Abdullah merupakan anak jati berketurunan Irranun yang menetap di Kampung Merabau bersama keluarga. Memiliki kemahiran menenun yang diwarisi daripada ibu dan kakaknya yang memang merupakan penenun terkenal pada waktu itu.

Antara kain tenunan tradisional Sabah yang dihasilkan oleh Allahyarhamah Hajah Ramiah binti Abdullah adalah kain Dastar. Kain Tenun Dastar merupakan pakaian kebesaran suku kaum Bajau yang dijadikan sebagai tengkolok atau perhiasan pada pakaian tradisional mereka yang dipakai dalam upacara adat, keagamaan, majlis rasmi, perayaan dan perkahwinan.

Beliau mengusahakan tenunan di bengkel yang terletak berhampiran dengan tempat kediamannya. Selain daripada benang kapas, beliau turut menggunakan benang nenas yang diproses sendiri dan kemudian diwarna menggunakan warna yang juga dari bahan semula jadi. Beliau mengajar tenunan kepada generasi muda dari masyarakat setempat. Ini adalah di antara usaha murni beliau dalam mengembangkan seni Tenunan Dastar.

DAYA KREATIVITI DAN INOVASI

Pada peringkat awal penglibatan Allahyarhamah Hajah Ramiah binti Abdullah dalam bidang tenunan, beliau banyak menggunakan bahan semulajadi yang diproses sendiri iaitu penggunaan benang daripada serat nenas. Beliau turut menyediakan bahan pewarna dari sumber alam untuk mewarna benang yang akan ditenun.

Beliau juga menghasilkan reka corak dari motif binatang (ayam dan kuda) yang biasanya menjadi kebanggaan suku kaum Bajau. Selain itu, beliau turut memasukkan motif geometri di dalam tenunannya.

Oleh kerana permintaan terhadap kain dastar semakin meluas, Puan Ramiah telah mempelbagaikan reka corak agar ianya boleh dijadikan produk lain seperti alas meja, kusyen dan hiasan dinding. Kreativiti beliau mendapat perhatian daripada jabatan kerajaan, swasta dan orang perseorangan.

Beliau juga berkemahiran menenun kain Mugah, Baraguru, Ampik, Tapak Sila dan kain Sambitan. Selain daripada menenun beliau juga mempunyai kemahiran membuat tudung saji dari daun serdang dan menganyam tikar pandan.

PENCAPAIAN

Allahyarhamah Hajah Ramiah binti Abdullah telah banyak mencurahkan ilmu tenunan asli Sabah kepada generasi muda di sekitar Kota Belud dan melatih anggota kerja Kraftangan Malaysia. Beliau menjadi jurutunjuk kepada kumpulan pelatih di bawah Skim Perantisan Kraf Warisan anjuran Kraftangan Malaysia. Di samping itu, beliau turut menyertai promosi, pameran dan demonstrasi tenunan yang diadakan di sekitar Kota Belud dan Kota Kinabalu.

Pada tahun 1986, Kraftangan Malaysia melantik beliau sebagai Adiguru Kraf Tenunan Dastar bagi menghargai kemahiran seni yang beliau miliki. Namun pada tanggal 18 Ogos 2010, beliau yang telah kembali ke Rahmatullah. Segala jasa dan bakti beliau dalam memartabatkan tenunan asli Sabah amat disanjungi. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan golongan orang yang beriman.

GALERI


Video