PENGENALAN
Anak jati negeri Johor ini dilahirkan pada 28 Ogos 1970 di Batu Pahat, Johor dan kini menetap di Pulau Langkawi, Kedah. Pada usia 21 tahun, beliau mula mempelajari teknik penghasilan kraf kaca kristal di New Zealand dan merupakan di antara pelopor yang kekal aktif mengusahakan kraf kaca kristal sebagai produk identiti Pulau Langkawi. Kepakaran beliau dalam membentuk produk menggunakan teknik tiupan (glass blowing) menjadi keunikan dan tarikan dalam penghasilan produk kraf kaca kristal. Kraf kaca kristal merupakan salah satu sub bidang kraf hasil tanah. Pasir silika digunakan sebagai bahan asas untuk menghasilkan kraf kaca kristal dan dibakar sehingga suhu 1,400 darjah celcius sebelum dibentuk mengikut rekaan yang dikehendaki. Pelbagai motif rekaan produk kraf kaca kristal telah dihasilkan oleh beliau dengan mengetengahkan bentuk flora dan fauna, termasuklah motif beridentitikan Pulau Langkawi, iaitu helang merah.
A native Johorean born on 28 August 1970 in Batu Pahat, Johor and now resides in Langkawi Island, Kedah. He began to learn the techniques of crystal glass craft making in New Zealand at the age of 21 and is among the pioneers who remain active in producing crystal glass craft as a Langkawi identity product. His expertise in forming products using glass blowing technique is the unique attraction in the crystal glass craft production. Crystal glass craft is one of the sub-fields of earthen-based crafts. Silica sand is used as the basic material to produce crystal glass craft and is fired to a temperature of 1,400 degrees Celsius before being shaped according to the desired design. He has produced various design motifs for the crystal glass craft products by highlighting the shapes of flora and fauna, including the identity motif of Langkawi Island’s icon, which is the red eagle.






