Adiguru Kraf Tenunan Songket
Dayang Norsalam binti Pengiran Perseh
Nama : Dayang Norsalam binti Pengiran Perseh
Bidang Kraf : Tekstil
Adiguru Kraf : Tenunan Songket
Negeri : Sarawak
Tarikh Lahir : 4 Ogos 1943
Lantikan Adiguru Kraf : Tahun 1995
Beliau mewariskan kemahiran ini kepada anak dan generasi muda agar ianya tidak dilupakan begitu sahaja
Dayang Norsalam binti Pengiran Perseh dilahirkan pada 4 Ogos 1943 di Sarikei, Sarawak. Beliau mewarisi kemahiran menenun songket daripada ibunya. Bergiat aktif sejak tahun 1961 dan berpengalaman selama 63 tahun dalam menenun songket. Keunikan dan kehalusan hasil tenunannya yang menggunakan teknik sembunyi benang sukar ditandingi. Songket tenunan beliau mempunyai reka corak identiti tersendiri melalui penghasilan reka corak tradisional dengan menggunakan motif seperti pucuk rebung, bunga mawar, tampok pedada, emak rebung, bunga cabit, koyak tersusun, bunga semalu dan bunga cengkih.
Dayang Norsalam binti Pengiran Perseh was born on 14 August 1943 in Sarikei, Sarawak. She inherited the art of songket weaving from her mother. She actively enwraps herself in the art of songket weaving in 1961 and has amassed over 63 years of experience. Her woven songket illustrates its own design identity through the creation of traditional patterns which use motifs such as bamboo shoots, roses, tampok pedada, emak rebung, cabit flower, koyak tersusun, bunga semalu and clove flower.
PENGENALAN
Puan Dayang Norsalam binti Pengiran Parsih dilahirkan di Kampung Hulu Rejang, Sarikei, Sarawak. Beliau dibesarkan dalam lingkung keluarga yang mempunyai kemahiran menenun. Walaupun pernah menerima pendidikan di peringkat sekolah, namun beliau lebih mempunyai cenderung untuk meneruskan perusahaan warisan keluarga ini. Kemahiran menenun yang dipelajari oleh Puan Dayang sejak usia remaja telah mendapat galakan daripada keluarga untuk terus menceburi bidang tenunan ini.
DAYA KREATIVITI DAN INOVASI
Beliau memiliki bakat yang tinggi dan kreatif dalam mengadun keindahan dan penuh ketelitian pada setiap reka corak kain yang akan ditenunnya. Corak Emas Rebung, Kayak Tersusun, Bunga Semalu, Bunga Mawar dan Bunga Cabit merupakan antara reka corak yang dihasilkan oleh Puan Dayang.
Songket tenunan Puan Dayang dikenali bukan sahaja di Sarawak malah hingga ke Semenanjung Malaysia dan juga Brunei. Beliau mewariskan kemahiran ini kepada anak dan generasi muda agar ianya tidak dilupakan begitu sahaja.
SUMBANGAN TOKOH KEPADA INDUSTRI KRAF DAN MASYARAKAT
Bagi menghargai usaha dan sumbangan yang diberikan, pada tahun 1985, Kraftangan Malaysia telah melantik beliau sebagai ADIGURU KRAF TENUNAN SONGKET SARAWAK.





