ADIGURU KRAF SULAMAN NYONYA

Lim Yu Lin

Nama : Lim Yu Lin
Bidang Kraf : Tekstil
Adiguru Kraf : Sulaman Nyonya
Negeri : Kedah
Tarikh Lahir : 1 Mei 1970
Lantikan Pertama Adiguru Kraf : Tahun 2025


Dilahirkan pada 1 Mei 1970 di Alor Setar, Kedah, beliau merupakan generasi ketiga berketurunan Hokkien yang meneruskan legasi perniagaan Ang Eng Sdn. Bhd. dalam penghasilan busana kebaya nyonya sejak tahun 1955. Memiliki kepakaran dan kemahiran tinggi dalam seni kraf sulaman nyonya melalui teknik sulaman goyang dan sulaman biku yang dipelajari daripada ibunya, Puan Ong Geok Lean. Keunikan karyanya terserlah melalui olahan motif flora dan fauna tradisional pada penghasilan busana seperti baju kebaya nyonya, kebaya labuh, kebaya pendek dan baju kurung. Kehalusan serta ketelitian hasil kerja beliau terbukti menerusi penghasilan koleksi khas “Kebaya UNESCO” pada tahun 2023 yang menampilkan identiti dan simbolik elemen budaya negara-negara ASEAN. Komitmen beliau dalam melestarikan seni kraf sulaman nyonya dizahirkan melalui aktiviti dokumentasi, penghasilan produk dan demonstrasi sulaman di dalam serta luar negara. Kepakaran dan sumbangan beliau dalam bidang ini telah diiktiraf apabila dilantik sebagai Adiguru Kraf pada tahun 2025.

 

Born on 1 May 1970 in Alor Setar, Kedah, she is a third-generation Hokkien artisan who continues the legacy of Ang Eng Sdn. Bhd. in the production of Nyonya kebaya attire since 1955. She possesses extensive expertise and skills in the art of Nyonya embroidery, particularly in the sulaman goyang and sulaman biku techniques, which she learned from her mother, Madam Ong Geok Lean. The uniqueness of her work is reflected in the application of traditional floral and faunal motifs in garments such as Nyonya kebaya, long kebaya, short kebaya, and baju kurung. The finesse and precision of her craftsmanship are exemplified by the creation of the special “UNESCO Kebaya” collection in 2023, which showcases the cultural identity and symbolic elements of ASEAN member countries. Her commitment to preserving the art of Nyonya embroidery is demonstrated through documentation activities, product development, and embroidery demonstrations both locally and internationally. In recognition of her expertise and contributions to the field, she was appointed as an Master Craftsmen in 2025.

PENGENALAN

Lim Yu Lin merupakan anak jati Alor Setar, Kedah berketurunan Hokkien dan dilahirkan pada 1 Mei 1970.
Beliau ialah generasi ketiga yang meneruskan legasi perniagaan Ang Eng Sdn. Bhd. yang tersohor dalam penghasilan busana kebaya nyonya sejak tahun 1955.
Sejak kecil beliau dilatih oleh ibunya Puan Ong Geok Lean dalam seni jahitan dan sulaman. Berpengalaman lebih 20 tahun dalam penghasilan busana kebaya, beliau memiliki kepakaran tinggi menghasikan seni kraf sulaman nyonya dengan menggunakan teknik sulaman goyang dan sulaman biku. Antara produk yang dihasilkan adalah baju kebaya nyonya, kebaya labuh, kebaya pendek dan baju kurung dengan olahan motif tradisional flora dan fauna.


DAYA KREATIVITI DAN INOVASI


DAYA KREATIVITI DAN INOVASI



Video