Alat Muzik Tradisional
PENERBITAN
Alat Muzik Tradisional
Tajuk: Alat Muzik Tradisional
Jenis: EBook
Pengarang: Panel Penulisan Kraftangan Malaysia
Terbitan: 2000
Penulis: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Harga: RM12.00
Bahasa: Bahasa Malaysia
Adiguru Kraf adalah insan seni yang telah mengukir nama dalam industri seni kraf tempatan
RINGKASAN KANDUNGAN
Alat Muzik Tradisional Melayu, berseni dan iramanya berkumandang sejak berkurun lamanya. Kesenian dan keunikan alat muzik tradisional diperakui mempunyai nilai-nilai estetik. Di sinilah kreativiti dan kerajinan tukang-tukang kraf bergabung dengan kemahiran ahli muzik bagi melahirkan satu irama yang harmonis. Alat muzik yang dicipta dengan ketelitian dan kepakaran khusus perlu diteruskan kelangsungannya walaupun dewasa ini berdepan dengan cabaran sengit daripada muzik moden. Kepelbagaian alat muzik tradisional ini menyumbang kepada keindahan seni muzik tempatan. Ensemble Wayang Kulit, Mak Yong, Mek Mulong, Drah, Gamelan Pahang, Cak Lempung, Bangsawan dan Jikey dilaraskan melalui alat muzik tradisional yang merupakan warisan turun temurun. Buku Alat Muzik Tradisional ini mengupas dan membicarakan dari aspek jenis alat muzik, pemuliharaan, pengaruh alat muzik, peranan, penggunaan, keunikan hinggalah kepada alat muzik tradisional dalam dunia muzik moden.
Adiguru Kraf
PENERBITAN
Adiguru Kraf
Tajuk: Adiguru Kraf
Pengarang: Panel Penulisan Kraftangan Malaysia
Terbitan: 2007
Penulis: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Harga: RM18.00
Bil. Muka Surat: 107 Muka Surat
Bahasa: Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris
Adiguru Kraf adalah insan seni yang telah mengukir nama dalam industri seni kraf tempatan
Adiguru Kraf adalah insan seni yang telah mengukir nama dalam industri seni kraf tempatan
RINGKASAN KANDUNGAN
Adiguru Kraf adalah insan seni yang telah mengukir nama dalam industri seni kraf tempatan. Karya seni kraf mereka mempamerkan kehalusan dan keindahan yang tercipta daripada pelbagai adat resam dan budaya yang disesuaikan dengan pegangan hidup. Di dalam buku ini dimuatkan sebahagian daripada catatan hidup dan sumbangan yang telah diberikan oleh Adiguru-Adiguru Kraf yang sama turut memekar dan membangunkan industri kraf negara. Kesungguhan mereka dalam mengangkat dan memartabatkan seni kraf warisan ini sewajarnya diberikan sanjungan. Insan-insan istimewa ini dipilih di atas kepakaran yang tinggi, kreatif dan inovatif serta ketokohan dan kepimpinan dalam mewarnai dunia industri kraf. Pembaca akan mendapat satu pengalaman dan pengetahuan berkaitan pejuang-pejuang seni kraf yang bersungguh-sungguh dalam menghasilkan produk kraf mengikut kemahiran masing-masing.
Design Magazine
PENERBITAN
Design Magazine
Tajuk: Design Magazine
Pengarang: Panel Penulisan Kraftangan Malaysia
Terbitan: 1996
Penulis: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Harga: RM14.40
Bil. Muka Surat: 156 muka surat
Bahasa: Bahasa Inggeris
This product designs are covers all areas of crafts to meet the needs and preferences of the community
RINGKASAN KANDUNGAN
This book, which is an overview of product designs created by Kraftangan Malaysia designers. This product designs are covers all areas of crafts to meet the needs and preferences of the community.