Tenun Pahang

PENERBITAN

Tenun Pahang

Tajuk: Tenun Pahang
Pengarang: Panel Penulisan Kraftangan Malaysia
Terbitan: 2012
Penulis: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Harga: RM40.00
Bil. Muka Surat: 98 Muka Surat
Bahasa: Bahasa Malaysia

Klik untuk pembelian

"Kalau berkunjung ke Negeri Pahang, Singgah sebentar di Pulai Keladi, Kain Tenun indah dipandang, Jadikan kenangan kekal abadi"


RINGKASAN KANDUNGAN

Kehalusan sutera Tenun Pahang bukan sekadar pelengkap busana diraja, golongan istana, para pembesar negeri dan bangsawan, bahkan warisan ini turut dijadikan cenderamata. Walaupun begitu, kini terdapat pengusaha yang terus menghasilkan samping dan pakaian wanita dari kain Tenun Pahang untuk dijadikan pakaian harian. Industri Tenun Pahang kini semakin terkenal dan telah turut
menyumbang dalam pembangunan industri kraf tenunan Malaysia. Kandungan buku ini menelusuri sejarah kemasukan dan perkembangan perusahaan tenun pahang ke Negeri Pahang secara khususnya. Turut dihimpunkan maklumat berkaitan proses pewarnaan asli, proses menenun, proses mengerus, reka corak, motif, fungsi dan status Kain Tenun Pahang. Buku ini turut diwarnai dengan koleksi gambar busana kain tenun pahang yang indah dan berwarna warni dari pelbagai reka corak dan motif yang pasti mempesona mata yang memandang.


Shadow Play Malay Traditional Theatre

PENERBITAN

Shadow Play Malay Traditional Theatre

Tajuk: Shadow Play Malay Traditional Theatre
Pengarang: Panel Penulisan Kraftangan Malaysia
Terbitan: 2008
Penulis: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Harga: RM33.00
Bil. Muka surat: 118 muka surat
Bahasa: Bahasa Inggeris

Klik untuk pembelian

This book, which is an overview of the traditional shadow play, was based on research and observations carried out especially in the east coast state of Kelantan


RINGKASAN KANDUNGAN

This book, which is an overview of the traditional shadow play, was based on research and observations carried out especially in the east coast state of Kelantan. It is an attempt to delve into the philosophy and thinking of the Tok Dalang or puppeteers and members of the shadow play team who performed to maintain an honorable livelihood for their families.


Seni Ukiran Halus Dalam Persenjataan Tradisional

PENERBITAN

Seni Ukiran Halus Dalam Persenjataan Tradisional

Tajuk: Seni Ukiran Halus Dalam Persenjataan Tradisional
Pengarang: Panel Penulisan Kraftangan Malaysia
Terbitan: 2013
Penulis: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Harga:
Bil. Muka Surat: 61 muka surat
Bahasa: Bahasa Inggeris

Fungsi dan peranan ini sedikit demi sedikit diperindahkan dengan reka corak bagi menjelmakan identiti dan falsafah masyarakat setempat selain menyerlahkan ciri kegagahan dan kepahlawanan


RINGKASAN KANDUNGAN

Buku ini mengetengahkan ciri estetika seni ukiran halus pada senjata tradisional yang digunakan oleh masyarakat terdahulu bagi tujuan aktiviti pertanian, berburu, mempertahankan diri dan bertempur dengan musuh. Penampilan senjata yang pada awalnya hanya sebilah besi ringkas kemudiannya ditambah dengan penggunaan sepotong kayu, tulang atau tanduk bagi memudahkannya dipegang atau dikendalikan dan kemudiannya mula digandingkan dengan sarung bagi tujuan keselamatan. Fungsi dan peranan ini sedikit demi sedikit diperindahkan dengan reka corak bagi menjelmakan identiti dan falsafah masyarakat setempat selain menyerlahkan ciri kegagahan dan kepahlawanan kepada pemakainya. Kandungan buku ini menghuraikan secara mendalam berkaitan teknik ukiran halus, jenis-jenis serta keindahan senjata tradisional masyarakat Melayu selain kepelbagaian etnik dalam masyarakat Sabah, Sarawak dan Orang Asli.


Seni Kraf Besi

PENERBITAN

Seni Kraf Besi

Tajuk: Seni Kraf Besi
Pengarang: Panel Penulisan Kraftangan Malaysia
Terbitan: 2009
Penulis: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Harga: RM62.50
Bil. Muka Surat: 165 muka surat
Bahasa: Bahasa Malaysia

Klik untuk pembelian

Merungkai serta membicarakan berkaitan falsafah, budaya serta peranan dalam kehidupan masyarakat melalui tukang-tukang kraf besi ini


RINGKASAN KANDUNGAN

Buku ini mengupas seni kemahiran kraf besi oleh tukang besi atau pandai besi sejak beratus tahun yang lalu. Secara khususnya pembaca akan mempelajari dan mengetahui rahsia pelbagai mitos dan legenda yang tersendiri di mana sesebuah senjata itu memainkan peranan dalam pembangunan tamadun bangsa. Merungkai serta membicarakan berkaitan falsafah, budaya serta peranan dalam kehidupan masyarakat melalui tukang-tukang kraf besi ini. Secara kesimpulannya buku ini amat menarik untuk dibaca bukan kerana maklumat yang banyak di dalam buku ini tetapi lampiran gambar-gambar keris atau senjata turut diselitkan untuk tatapan pembaca.


Koleksi Busana Anggun

PENERBITAN

Koleksi Busana Anggun

Tajuk: Koleksi Busana Anggun
Pengarang: Panel Penulisan Kraftangan Malaysia
Terbitan: 2009
Penulis: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Harga: RM55.00
Bil. Muka Surat: 143 Muka Surat
Bahasa: Bahasa Malaysia

Klik untuk pembelian

Mengupas mengenai pakaian tradisional dan kontemporari dalam masyarakat dahulu dan kini


RINGKASAN KANDUNGAN

Buku ini mengupas mengenai pakaian tradisional dan kontemporari dalam masyarakat dahulu dan kini. Pakaian merupakan satu daripada perantara budaya yang mencerminkan peradaban sesebuah bangsa. Perkembangan busana atau pakaian berlaku sejajar dengan keperluan dan tuntutan manusia. Paparan grafik bergambar yang amat menarik memberi gambaran yang jelas kepada pembaca dengan melihat sendiri foto-foto lama pakaian yang dipakai oleh masyarakat suatu ketika dulu. Buku ini juga mengkaji sedikit pertembungan budaya luar yang pernah masuk ke dalam negara ini pada zaman prasejarah melalui aktiviti perniagaan dan penghijrahan. Buku ini juga merakamkan sebahagian daripada rekaan eksklusif pereka Kraftangan Malaysia yang memadankan tekstil tempatan dengan rekaan baru.


Kilauan Tembaga

PENERBITAN

Kilauan Tembaga

Tajuk: Kilauan Tembaga
Pengarang: Panel Penulisan Kraftangan Malaysia
Terbitan: 2008
Penulis: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Harga: RM30.00
Bil. Muka Surat: 72 Muka Surat
Bahasa: Bahasa Malaysia

Adat turut diceritakan serta penggunaan tembaga itu yang hanya digunakan oleh golongan raja serta bangsawan sahaja


RINGKASAN KANDUNGAN

Buku ini memaparkan bagaimana gandingan kemahiran tangan dan ketajaman minda dapat mencetuskan pelbagai bentuk kraf melalui seni kraf tembaga. Kepelbagaian falsafah, adat turut diceritakan serta penggunaan tembaga itu yang hanya digunakan oleh golongan raja serta bangsawan sahaja. Buku kilauan ini menyingkap perusahaan yang dipercayai telah berusia lebih 300 tahun dan sehingga kini diusahakan oleh tukang-tukang tembaga di Terengganu. Coretan sejarah negeri Terengganu sebagai negeri peneraju pembuatan tembaga di Malaysia. Gambar-gambar produk tembaga dipaparkan bagi pembaca melihat betapa keunikan dan kehalusan pembuatan tembaga. Dengan terhasilnya buku ini maka ianya dijadikan sebagai cara mendokumenkan maklumat berkaitan pertukangan tradisional ini untuk masyarakat mengenali dan menghargai warisan berzaman ini. Kesimpulannya buku ini dapat menerangkan hasil kraf tembaga yang telah digunakan sejak lama dahulu sehingga kini.


Ensiklopedia Kraf Malaysia

PENERBITAN

Ensiklopedia Kraf Malaysia

Tajuk: Ensiklopedia Kraf Malaysia
Pengarang: Panel Penulisan Kraftangan Malaysia
Terbitan: 2012
Penulis: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Harga: RM40.00
Bil. Muka surat: 291 muka surat
Bahasa: Bahasa Malaysia

Klik untuk pembelian

Tiada yang lama maka tiadalah yang baru kerana ia lambang kepada peradaban tamadun sesuatu bangsa


RINGKASAN KANDUNGAN

Buku ini diterbitkan bagi tujuan untuk memberi pengetahuan dan kefahaman serta bacaan kepada khalayak umum mengenai seni kraf tempatan. Buku ini yang merangkumi bidang tekstil, hasil rimba, hasil logam, hasil tanah dan aneka kraf. Maklumat yang dikumpulkan merangkumi produk, bahan, teknik, reka corak, ragam hias dan tokoh-tokoh yang mengungguli kemahiran bidang kraf masing-masing. Ia tidak hanya terhad kepada kraf warisan sahaja tetapi buku ini menampilkan kraf seni moden dan kontemporari dengan adunan serta olahan daripada budaya dan etnik masyarakat negara ini. Penerbitan buku ini oleh Kraftangan Malaysia adalah usaha memulihara dan memelihara seni kraf warisan supaya ia terus berkembang dan dihargai, khususnya generasi akan datang. Tiada yang lama maka tiadalah yang baru kerana ia lambang kepada peradaban tamadun sesuatu bangsa. Kesimpulannya dari buku ini dapat menjadi sumber rujukan yang berguna kepada masyarakat umum dan dijadikan sumber rujukan kepada usahawan-usahawan kraf.


Crafted in Malaysia

PENERBITAN

Crafted in Malaysia

Tajuk: Crafted in Malaysia
Pengarang: Panel Penulisan Kraftangan Malaysia
Terbitan: 2007
Penulis: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Harga: Rm43.50
Bil. Muka Surat: 149 muka surat
Bahasa: Bahasa Inggeris

Klik untuk pembelian

Crafted in Malaysia contains articles on five crafts in Malaysia, namely textiles, metal crafts, ceramics, forest based products and ethnic crafts


RINGKASAN KANDUNGAN

Crafted in Malaysia contains articles on five crafts in Malaysia, namely textiles, metal crafts, ceramics, forest based products and ethnic crafts. The histories of the crafts are presented by the writers to assist us with understanding their background and developments. The book also records the wisdom of the artisans who did not completely accept or reject foreign influences but adapted them to suit local preferences. The transformation of crafts from being mere utilitarian products into social symbols is explained, as is the symbolism of patterns and designs present on the craft products.


Batik Malaysia Design & Innovation 1960s-1990s

PENERBITAN

Batik Malaysia Design & Innovation 1960s-1990s

Tajuk: Batik Malaysia Design & Innovation 1960s-1990s
Pengarang: Raja Fuziah binti Raja Tun Uda
Terbitan: 2012
Penulis: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Harga: 94.50
Bil. Muka Surat: 219 muka surat
Bahasa: Bahasa Inggeris

Klik untuk pembelian

Throughout the book, batik is portrayed as symbolic of both the historic traditions and the development of the modern nation of Malaysia


RINGKASAN KANDUNGAN

This book takes readers on a journey that begins with the batik prototypes in the 1920s and ends with the diversity of batik forms available in the 1980s. The author analyzes traditional and contemporary sources for design inspiration, explains stability and change in processes for batik production, cites expanding educational opportunities for young artisans, and discusses product diversification for domestic and tourist markets. Throughout the book, batik is portrayed as symbolic of both the historic traditions and the development of the modern nation of Malaysia.


Asean Master Craftsmen on Textile

PENERBITAN

Asean Master Craftsmen On Textile

Tajuk: Asean Master Craftsmen On Textile
Pengarang: –
Terbitan: 2013
Penulis: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Harga: RM12.00
Bil. Muka Surat: 179 muka surat
Bahasa: Bahasa Inggeris

Klik untuk pembelian

This book combines ten master-weavers of different countries, highlighting each country’s best features


RINGKASAN KANDUNGAN

This book combines ten master-weavers of different countries, highlighting each country’s best features, i.e. Traditional Royal weavers of Brunei Darussalam, the intangible cultural heritage of the Kingdom of Cambodia, religious belief of the sacred Geringsing of Bali, Indonesia, delicate woven silk textile of Laos, intricate handwoven Songket textile of Malaysia, Yanant traditional textile dyeing of Myammar, notable T’boli woven T’nalak of the Philippines, usual combination of fashion design and traditional weaving by a well-known Singaporean designer, authentic ancient Tin-Chok patterns of Thailand, and the Cham special Brocade textile of Vietnam.