Bentuk-bentuk Hulu Keris
* Sundang
Berbentuk bulat bahagian genggaman, hujungnya terbuka secara melintang dan berlok ke arah dalam.
* Kakatua
Berbentuk figura kepala burung kakak tua yang lazimnya dihasilkan daripada gading dengan ukiran kerawang yang indah.
Keris Sempena
Keris Sempena atau nama lainnya Keris
Semenanjung merupakan keris yang digunakan secara meluas di daerah Semenanjung Tanah Melayu. Keris Sempena digunakan sebagai senjata tikaman oleh golongan bangsawan mengikut sesuatu tempat. Lazimnya, hulu keris Sempena berbentuk anak ayam tetapi ada juga yang berbentuk jawa demam, ayam teleng, kerdas dan tapak kuda. Sampirnya pula berbentuk tebar layar dan bulan sabit.
Sumber: Koleksi Terpilih Hulu dan Sarung Keris,
2015
Selendang keringkam ini merupakan hasil tangan Adiguru Kraf Sulaman Keringkam, Allahyarhamah Pojiah binti Jaya. Reka corak selendang ini diinspirasikan daripada olahan motif bunga ros kuncup, gunung tiga, tabur berdaun dan bunga tanjung.
Set pakaian tradisional etnik Dusun Lotud terdiri daripada sukob (baju berlengan pendek), gonob (skirt), dan kuluwu (selendang) yang dihiasi sulaman linangkit. Pakaian ini biasanya dipakai semasa Pesta Kaamatan dan majlis perkahwinan.
Disulam dengan benang kapas berwarna terang dan memaparkan motif seperti piniwatu, nabur-abur, kinuyung-kyung, pucuk rebung, serta corak geometrik yang penuh makna. Set pakaian linangkit ini merupakan koleksi Muzium Kraf Kuala Lumpur.
Sumber: Koleksi Muzium Kraf, Kuala Lumpur
Kain sulaman pis adalah seni kraf tangan unik suku Binadan dari Kudat, Sabah. Menggabungkan dua helai kain kapas berwarna hitam, jingga, atau merah dan disulam dengan benang berwarna-warni (tidak lebih tujuh warna). Tradisionalnya, kain ini digunakan sebagai sigal, perhiasan kepala lelaki Rungus untuk upacara istimewa.
Kain sulaman pis ini merupakan koleksi Muzium Kraf Kuala Lumpur dan dipamerkan sempena pameran karya agung seni kraf warisan negara.