Adiguru Kraf Tembikar

Zulkafly bin Pandak Bedin

Nama : Zulkafly bin Pandak Bedin
Bidang Kraf : Hasil Tanah
Adiguru Kraf : Tembikar
Negeri : Perak
Tarikh Lahir : 11 Disember 1948
Lantikan Adiguru Kraf : Tahun 2013

Encik Zulkafly bersedia menurunkan kemahiran yang dimiliki dengan mengajar program latihan dan kursus jangka pendek kepada masyarakat setempat


PENGENALAN

Encik Zulkafly Bin Pandak Bedin telah dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak. Beliau merupakan seorang usahawan kraf tembikar yang terkenal di sayong, Kuala Kangsar. Beliau telah melibatkan diri dalam pembuatan tembikar seramik sejak tahun 1974 ketika beliau masih bekerja di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Perak lagi. Setelah bersara daripada perkhidmatan kerajaan pada tahun 2003, beliau terus aktif dalam membuat tembikar seramik di Kampung Bendang, Sayong, Kuala Kangsar.

DAYA KREATIVITI DAN INOVASI

Produk rekaan Encik Zulkafly mempunyai keunikan yang tersendiri dan menjadi ikutan kepada pengeluar tembikar yang lain. Seiring dengan perubahan zaman, beliau tidak menolak pembaharuan dalam penghasilan produk kraf tembikar keluarannya. Beliau sentiasa menerima idea-idea baharu terutamanya daripada pihak pelanggan untuk mempelbagaikan reka bentuk tembikar serta kaedah yang dapat mengeluarkan produk secara cepat.

Beliau menunjukkan kesungguhan untuk terus meningkatkan kemahiran dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini dan mendapatkan maklumat terbaharu di dalam seni pembuatan produk kraf tembikar melalui pembacaan dan rujukan buku.

PENCAPAIAN

Sepanjang 38 tahun menceburi bidang pembuatan tembikar seramik, beliau telah menubuhkan syarikat dan mempunyai bengkel membuat tembikar seramik dengan bantuan Kraftangan Malaysia serta mampu membeli kesemua peralatan pengeluaran dengan hasil titik peluh beliau sendiri.

Pada 2013 Kraftangan Malaysia telah dilantik sebagai Adiguru Kraf Tembikar kepada beliau di atas kesungguhan dan jasa beliau dalam memartabatkan seni kraf tembikar.

GALERI

Video