Adiguru Kraf Tembikar

Allahyarham Zulkafly bin Pandak Bedin

Nama : Zulkafly bin Pandak Bedin
Bidang Kraf : Earth-based Products
Adiguru Kraf : Tembikar
Negeri : Perak
Tarikh Lahir : 11 Disember 1948
Lantikan Adiguru Kraf : Tahun 2013

Encik Zulkafly bersedia menurunkan kemahiran yang dimiliki dengan mengajar program latihan dan kursus jangka pendek kepada masyarakat setempat

Zulkafly bin Pandak Bedin dilahirkan pada 11 Disember 1948 di Kuala Kangsar, Perak. Beliau mewarisi kemahiran pembuatan tembikar menggunakan teknik picit cubit daripada ibunya yang juga merupakan pengusaha tembikar tradisional. Tembikar yang dihasilkan dihiasi dengan olahan motif yang diinspirasikan daripada bunga padi, pucuk rebung, susur kelapa, bunga cengkih dan bunga tanjung. Beliau telah dilantik sebagai Adiguru Kraf Tembikar pada 2013.

 

Zulkafly bin Pandak Bedin was born on 11 December 1948 in Kuala Kangsar, Perak. He inherited the skills of making pottery using the pinching technique from his mother who is also a traditional pottery maker. The pottery he produces are adorned with elaborate motifs inspired by paddy/rice flowers (bunga padi), bamboo shoots (pucuk rebung), susur kelapa, cloves (bunga cengkih) and Spanish cherry (bunga tanjung). He was appointed as Pottery Master Craftsman in 2013.


PENGENALAN

Encik Zulkafly Bin Pandak Bedin telah dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak. Beliau merupakan seorang usahawan kraf tembikar yang terkenal di sayong, Kuala Kangsar. Beliau telah melibatkan diri dalam pembuatan tembikar seramik sejak tahun 1974 ketika beliau masih bekerja di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Perak lagi. Setelah bersara daripada perkhidmatan kerajaan pada tahun 2003, beliau terus aktif dalam membuat tembikar seramik di Kampung Bendang, Sayong, Kuala Kangsar. Beliau telah meninggal dunia pada 2 November 2025.

DAYA KREATIVITI DAN INOVASI

Produk rekaan Encik Zulkafly mempunyai keunikan yang tersendiri dan menjadi ikutan kepada pengeluar tembikar yang lain. Seiring dengan perubahan zaman, beliau tidak menolak pembaharuan dalam penghasilan produk kraf tembikar keluarannya. Beliau sentiasa menerima idea-idea baharu terutamanya daripada pihak pelanggan untuk mempelbagaikan reka bentuk tembikar serta kaedah yang dapat mengeluarkan produk secara cepat.

Beliau menunjukkan kesungguhan untuk terus meningkatkan kemahiran dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini dan mendapatkan maklumat terbaharu di dalam seni pembuatan produk kraf tembikar melalui pembacaan dan rujukan buku.

PENCAPAIAN

Sepanjang 38 tahun menceburi bidang pembuatan tembikar seramik, beliau telah menubuhkan syarikat dan mempunyai bengkel membuat tembikar seramik dengan bantuan Kraftangan Malaysia serta mampu membeli kesemua peralatan pengeluaran dengan hasil titik peluh beliau sendiri.

Pada 2013 Kraftangan Malaysia telah dilantik sebagai Adiguru Kraf Tembikar kepada beliau di atas kesungguhan dan jasa beliau dalam memartabatkan seni kraf tembikar.

GALERI

Video