PENGENALAN
Anak jati negeri Selangor ini dilahirkan pada 8 Mac 1968 dan sehingga kini menetap di Kampung Orang Asli Sungai Bumbun, Pulau Carey, Selangor. Pada usia 12 tahun, beliau mula mempelajari kraf anyaman kaum Mah Meri dan kekal aktif menjadi ketua dalam komuniti kraf anyaman Kaum Mah Meri hingga kini. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam penghasilan produk kraf anyaman halus dan sering mempromosikan produk kraf warisan hingga ke peringkat antarabangsa.
Anyaman Mah Meri merupakan anyaman tradisi bagi kaum orang asli Mah Meri yang tinggal di sekitar Pulau Carey, Selangor. Motif yang digunakan lazimnya diinspirasikan daripada alam semula jadi seperti kawang bunga pahat, bunga matahari, kawang bentuk hati, kawang huruf T dan kawang bentuk kek.