Nama : Maznah anak Unyan
Bidang Kraf : Forest Products
Adiguru Kraf : Anyaman Mah Meri
Negeri : Selangor
Tarikh Lahir : 8 Mac 1968
Lantikan Adiguru Kraf
 : Tahun 2023

Beliau merupakan penyambung legasi pembuatan topeng dan patung tradisi yang mengekalkan identiti orang asli Mah Meri


PENGENALAN

Anak jati negeri Selangor ini dilahirkan pada 8 Mac 1968 dan sehingga kini menetap di Kampung Orang Asli Sungai Bumbun, Pulau Carey, Selangor. Pada usia 12 tahun, beliau mula mempelajari kraf anyaman kaum Mah Meri dan kekal aktif menjadi ketua dalam komuniti kraf anyaman kaum Mah Meri hingga kini. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam penghasilan produk kraf anyaman halus dan sering mempromosikan produk kraf warisan hingga ke peringkat antarabangsa. Anyaman Mah Meri merupakan anyaman tradisi bagi kaum orang asli Mah Meri yang tinggal di sekitar Pulau Carey, Selangor. Motif yang digunakan lazimnya diinspirasikan daripada alam semula jadi seperti kawang bunga pahat, bunga matahari, kawang bentuk hati, kawang huruf T dan kawang bentuk kek.

 

A native Selangorean born on 8 March 1968 and until now resides in Sungai Bumbun Orang Asli Village, Carey Island, Selangor. She started learning the Mah Meri tribe’s weaving craft at the age of 12 and has remained active as a leader in the Mah Meri tribe’s weaving craft community until now. She has extensive experience in the making of fine woven craft products and often promotes these heritage craft products up to the international level. Mah Meri weaving is a traditional weaving for the Mah Meri indigenous tribe who live around Carey Island, Selangor. The motifs used are usually inspired by nature such as kawang bunga pahat, sunflowers (bunga matahari), kawang bentuk hati (heart-shaped), kawang huruf T (the letter T) and kawang bentuk kek (cake-shaped).


GALERI