ADIGURU KRAF SERAMIK
V.N Ramadas a/l Vengdasalam
Nama : V.N Ramadas a/l Vengdasalam
Bidang Kraf : Earth-based Products
Adiguru Kraf : Seramik
Negeri : Selangor
Tarikh Lahir : 25 Ogos 1951
Lantikan Adiguru Kraf : Tahun 2012
Beliau juga tidak lokek menurunkan kemahiran kepada sesiapa yang berminat untuk menceburi perusahaan kraf seramik India
Anak jati Kuala Selangor, Selangor, Ramadas a/l Vengdasalam dilahirkan pada 25 Ogos 1951. Mewarisi pembuatan seramik India daripada ayahnya dan bergiat aktif dalam pembuatan seramik mulai tahun 1976 ketika berusia 25 tahun. Ramadas pakar menghasilkan pelbagai jenis seramik India dengan menggunakan kaedah tradisional India dan teknik lemparan alin. Antara produk yang dihasilkan adalah seperti labu air, belanga, periuk nasi tradisional dan buyung air. Hasil kerjanya menjadi inspirasi di kalangan tukang kraf seramik daripada keturunan India.
A native of Kuala Selangor, Selangor, Ramadas a/l Vengdasalam was born on 25 August 1951. He inherited the craft of Indian ceramics from his father and began actively engaging in ceramic making in 1976 at the age of 25. Ramadas is an expert in producing various types of Indian ceramics using traditional Indian methods and the wheel-throwing technique. Among the products he creates are water gourds, clay pots, traditional rice cookers, and water jars. His work serves as an inspiration among ceramic craftsmen of Indian descent.
PENGENALAN
Encik Ramadas dilahirkan pada 25 Ogos 1951 dan merupakan anak jati Kuala Selangor dan menerima pendidikan sehingga tingkatan lima. Beliau mula bergiat aktif dalam pembuatan seramik India ketika berusia 25 tahun. Kemahiran yang dimiliki diwarisi daripada ayahnya yang merupakan pakar dalam pembuatan seramik India dan kini telah diturunkan kepada salah seorang anaknya untuk mewarisi kemahiran tersebut.
PENGIKTIRAFAN DAN PENCAPAIAN ADIGURU
Produk seramik India yang dihasilkan beliau sering menjadi ikutan oleh tukang kraf seramik India setempat. Antara produk yang menjadi ikutan adalah seperti labu air, buyung air dan buyung kontemporari (hiasan). Kini, Encik Ramadas sentiasa mendapat tempahan dari seorang pemborong yang membekalkan seramik India ke Negeri Sembilan, Johor dan Melaka.
Encik Ramadas bukan sahaja menggunakan kaedah tradisional di dalam pembuatan seramik India ini malah menggunakan alatan moden dalam proses pembuatan supaya dapat mempertingkatkan lagi proses kerja di samping menjaga kualiti produk. Kraftangan Malaysia memberi bantuan berupa mesin pemutar atau roda pemutar (Potter’s Wheel) untuk mempertingkatkan lagi kualiti dan kuantiti seramik India yang dihasilkan oleh beliau.
DAYA KREATIVITI DAN INOVASI
Kemahiran yang beliau miliki sangat dikagumi oleh masyarakat setempat sehingga beliau pernah menerima beberapa pengiktirafan seperti Anugerah Usahawan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada tahun 1982 dan turut menerima Anugerah Tukang Ulung sempena Hari Kraf Kebangsaan pada tahun 2011. Pada tahun 2012, beliau telah dilantik menjadi Adiguru Kraf Seramik India oleh Kraftangan Malaysia bagi menghargai sumbangannya.











