ADIGURU KRAF ANYAMAN DAUN SAL

Allahyarhamah Ramlah binti Ismail

Nama : Allahyarhamah Ramlah binti Ismail
Bidang Kraf : Forest Products
Adiguru Kraf : Anyaman Daun Sal
Negeri : Terengganu
Lantikan Adiguru Kraf : Tahun 1999

Beliau menghasilkan anyaman tudung saji yang dihias dengan pelbagai warna dan motif-motif seperti bunga cengkih, bunga pecah lapan dan tapak sulaiman

Allahyarhamah Ramlah binti Ismail dilahirkan di Paka, Terengganu. Berkemahiran menghasilkan anyaman daun sal  dengan rekaan anyaman tudung saji yang dihiasi pelbagai warna dan motif menarik seperti bunga cengkih, bunga pecah lapan dan tapak sulaiman. Kreativiti anyaman beliau menyerlahkan nilai estetik pada produk anyamannya. Beliau meninggal dunia pada tahun 2002.

 

 

The late Ramlah binti Ismail was born in Paka, Terengganu. She was skilled in crafting woven products from sal leaves, particularly food covers (tudung saji) adorned with vibrant colours and attractive motifs such as clove flowers, eight-pointed flowers, and starfish patterns. Her creativity in weaving was reflected in the aesthetic value and distinctive beauty of her woven creations. She passed away in 2002.

 

 


PENGENALAN

Pengayam daun sal yang terkenal iaitu  Hajah Ramlah binti Ismail yang merupakan pengusaha bengkel anyaman hasil daripada daun sal.

Anyaman daun sal adalah antara kegiatan kemahiran kerja tangan yang diusahakan di sekitar Kampung Paka, Terengganu. Daun sal yang lembut lebih mudah diproses dan menghasilkan anyaman yang halus dan tidak mudah reput. Sebelum dianyam, daun sal diproses dan dikeringkan dahulu malah diwarnakan agar lebih menarik dan mengikut corak permintaan ramai.

Kemudian, daun sal dianyam menjadi tudung saji dan bakul-bakul kecil bagi kegunaan  keperluan harian. Antara motif-motif menarik rekaan beliau seperti Bunga Cengkih, Bunga Pecah Lapan dan Tapak Sulaiman.

Beliau menghasilkan anyaman tudung saji yang dihias dengan pelbagai warna serta garapan kreativiti dan ilham Hajah Ramlah menyerlahkan penampilan setiap produk anyamannya. Hajah Ramlah membina keyakinan bahawa hasil kerja tangan ini mampu untuk dimajukan.

PENCAPAIAN

Berpegang kepada keyakinan diri, beliau berusaha menerokai bidang kemahiran anyaman daun sal bersama-sama jiran dengan mengusahakan bengkel anyaman daun sal yang menjanjikan tambahan pendapatan keluarga. Hasil daripada bakat seni dan semangat yang kental, beliau telah berjaya apabila hasil kerja tangan beliau dan rakan-rakan berjaya dipasarkan ke sekitar Terengganu dan Kuala Lumpur. Kraftangan Malaysia telah melantik beliau sebagai Adiguru Kraf Anyaman pada tahun 1999. Hajah Ramlah Binti Ismail telah meninggal dunia pada 2002.

GALERI

Video