NATIONAL MASTERCRAFTSMEN

ADIGURU KRAF TENUNAN SONGKET

Hajah Habibah binti Zikri

Nama : Hajah Habibah binti Zikri
Bidang Kraf : Textile
Adiguru Kraf : Tenunan Songket
Negeri : Terengganu
Tarikh Lahir : 5 Februari 1948
Lantikan Adiguru Kraf : Tahun 2005
Lantikan Tokoh Kraf Negara : Tahun 2007

Beliau adalah perintis yang mempelbagaikan penggunaan warna benang emas serta mengaplikasikan teknik tenunan ikat pua dalam tenunan songket


Habibah binti Zikri dilahirkan pada 5 Februari 1948 di Sungai Petani, Kedah. Beliau merupakan perintis tenunan songket bercorak kontemporari. Bermula tahun 1974, beliau telah berkhidmat sebagai pereka di Kraftangan Malaysia selama sembilan tahun sebelum memulakan perusahaan kraf songket secara komersial. Kreativiti beliau terserlah pada setiap olahan motif dan reka corak yang dihasilkan dengan olahan pelbagai motif dan gabungan benang yang berwarna warni. Pada tahun 1984, beliau telah menyertai pertandingan WITCITRA dan telah menerima Anugerah Reka Bentuk Terbaik. Pada tahun 1987, beliau menerima Anugerah The Best Traditional Textile ASEAN di Jakarta. Beliau turut menerima Anugerah Seni Tampak pada tahun 2002. Beliau telah dilantik sebagai Adiguru Kraf pada tahun 2005 dan seterusnya dianugerahkan sebagai Tokoh Kraf Negara pada tahun 2007.

 

Habibah binti Zikri was born on 5 February 1948 in Sungai Petani, Kedah. She is a pioneer of weaving contemporary patterned songket. Initially in 1974, she was employed as a designer at the Malaysian Handicraft for nine years before commercially ventures into the songket craft industry. Her creativity is evident in every motif and pattern designs that she produces from combinations of colourful threads and various motifs. In 1984, she participated in the WITCITRA competition and was presented with the Best Design Award. In 1987, she received The Best Traditional Textile ASEAN Award in Jakarta. She also received the Visual Arts Award in 2002. In 2005, she was appointed as Master Craftsman and subsequently awarded as the National Master Craftsman for Songket Weaving in 2007.


Galeri