Adiguru Kraf Pembuatan Kepala Singa (Boneka)

Siow Ho Phiew

Nama : Siow Ho Phiew
Bidang Kraf : Aneka Kraf
Adiguru Kraf : Pembuatan Kepala Singa (Boneka)
Negeri : Selangor
Tarikh Lahir : 24 November 1955
Lantikan Adiguru Kraf : Tahun 2012

Beliau turut menggabungkan seni kraf tempatan dalam penghasilan kepala singa dengan menggunakan kain batik sebagai ragam hias pada kepala dan badan boneka singa


PENGENALAN

Encik Siow Ho Phiew adalah anak kelahiran Selangor dan dilahirkan pada 24 November 1955 di Shah Alam, Selangor. Beliau mula bergiat aktif dalam pembuatan Boneka Kepala Singa bagi kaum Cina di Malaysia sejak tahun 1974. Walaupun beliau tidak mempunyai pendidikan formal namun kemahiran beliau dalam membuat dan mereka boneka kepala singa tiada tandingan. Beliau sering mendapat tempahan setiap kali perayaan Tahun Baru Cina menjelang tiba.

DAYA KREATIVITI DAN INOVASI

Boneka kepala singa digunakan semasa persembahan tarian singa setiap kali sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Encik Siow Ho sering menerima tempahan dari dalam dan luar negara disebabkan kemahiran dan pertukangan beliau dalam membuat boneka kepala singa. Beliau menggabungkan unsur-unsur budaya tempatan dengan menggunakan kain batik sebagai ragam hias pada kepala dan badan boneka singa.

Rekaan boneka kepala singa yang dihasilkan oleh beliau sering menjadi ikutan di kalangan pembuat boneka kepala singa kerana penggunaan bahan seperti kain batik dan kombinasi warna dalam penghasilan patung. Gabungan yang dihasilkan menjadi tarikan kepada pembuat-pembuat boneka kepala singa yang lain dengan mengikuti cara-cara pembuatan beliau.

Salah seorang daripada enam cahayamata beliau, iaitu Encik Khairul Azuar kini telah mewarisi seni kemahiran pembuatan kraf ini. Selain itu, Tuan Haji Abdullah turut mencurahkan ilmu kemahiran kepada para pekerja di bengkelnya di Pulau Duyung termasuk sekumpulan pelatih yang dibiayai oleh agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri Terengganu. Bengkel khas ini terletak berhampiran rumah beliau yang mana membolehkannya melancarkan bot ke permukaan air setelah siap. Ruangan bengkel luas serta berbumbung mampu menempatkan sehingga empat buah bot pada satu-satu masa walaupun pada musim hujan.

PENCAPAIAN

Encik Siow Ho Phiew pernah dilantik sebagai pengerusi Persatuan Tarian Singa dan Naga Antarabangsa yang pertama pada tahun 1992. Beliau pernah bekerjasama dengan pasukan Malaysia dan China dalam membina gendang terbesar di dunia dan mendapat pengiktirafan dalam Guinness World Records pada tahun 1999. Beliau telah menerima Anugerah Tukang Ulung sempena Hari Kraf Kebangsaan pada tahun 2011 dan telah dilantik sebagai Adiguru Kraf Boneka Kepala Singa pada tahun 2012 oleh Kraftangan Malaysia.

     

GALERI

Video