ADIGURU KRAF PERTUKANGAN PERAK

MOHD ARIFFIN BIN WOOK

Nama : Mohd Ariffin bin Wook
Bidang Kraf : Hasil Logam
Adiguru Kraf : Pertukangan Perak
Negeri : Kelantan
Tarikh Lahir : 16 November 1949
Lantikan Adiguru Kraf : Tahun 2024

Mohd Ariffin bin Wook juga dikenali sebagai Pak Nawi dilahirkan pada 16 November 1949 di Tumpat, Kelantan. Melebihi lima dekad pengalaman, beliau mula menceburi bidang pertukangan perak pada tahun 1969. Kehalusan hasil kerja tangan beliau terserlah melalui olahan motif flora seperti bunga raya, bunga ketumbit dan bunga tanjung dengan keunikan reka corak awan larat tunggal. Kepakaran dan kemahiran dalam pelbagai teknik pertukangan perak seperti teknik pahat pasir, pahat bunga, tebuk tembus dan spinning terserlah melalui penghasilan pelbagai produk silverware seperti peralatan majlis perkahwinan, cenderamata, hiasan dan perhiasan diri. Pada tahun 2020, beliau menerima Anugerah Sanggar Mestika anjuran Malaysia Craft Council.


GALERI