PENGENALAN
Anak jati negeri Sabah ini dilahirkan pada 3 0gos 1966 di Kampung Sinaron, Keningau, Sabah dan kini menetap di Kampung Batu Lunguyan, Keningau, Sabah. Pada usia 18 tahun beliau mula mempelajari kraf anyaman buluh dan bergiat secara aktif dalam pelbagai penghasilan produk kraf warisan dan kontemporari. Beliau antara perintis terawal kepada inovasi dalam penghasilan produk baharu anyaman buluh di negeri Sabah.
Anyaman buluh yang dihasilkan di Kampung Batu Lunguyan mash mengekalkan penggunaan motif warisan daripada etnik Dusun dan Murut. Setiap motif yang dihasilkan diinspirasikan daripada olahan flora dan fauna serta kisah hidup si penganyam itu sendiri seperti nandus-andus, pinaku paku, pinuru langsat, nurugan, kolobon dan binulan.