ADIGURU KRAF BATIK TERAP / BLOK
Haji Ibrahim Bin Ismail
Nama : Haji Ibrahim bin Ismail
Bidang Kraf : Tekstil
Adiguru Kraf : Batik Terap/Blok
Negeri : Kelantan
Tarikh Lahir : 29 November 1953
Lantikan Adiguru Kraf : Tahun 2018
Beliau sangat berkemahiran dalam pembuatan batik terap dengan olahan teknik batik blok berlapis, teknik batik laksam, conteng, discharge, retak seribu dan rainbow (pelangi)
LATAR BELAKANG PENGLIBATAN
Haji Ibrahim Bin Ismail mula bekerja dibidang pembuatan batik terap dengan Bapa Saudara beliau iaitu Mohd Nor Bin Che Ahmad. Kerja-kerja membuat batik terap dimulai di bawah rumah sendiri di Kg. Penambang, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan. Di bawah rumah itulah dijadikan sebagai bengkel bagi menghasilkan batik terap pada permulaannya. Kain batik terap yang siap akan dijual kepada individu dan peniaga kain batik yang mengambil secara borong di bengkel beliau.
Encik Ibrahim Bin Ismail merupakan seorang usahawan dalam pembuatan batik terap di Kelantan yang telah bergiat aktif sejak dari tahun 1986 . Beliau telah dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 29 November 1953. Beliau telah berumahtangga dan memperoleh sepuluh orang anak. Walau bagaimanapun hanya seorang sahaja anak beliau yang mewarisi kemahirannya dalam menghasilkan batik terap. Kesungguhan beliau dalam menghasilkan batik terap telah membuahkan hasil dengan menubuhkan sebuah syarikat Aliff Batek Trading bagi membuat dan menerima tempahan daripada para pelanggan tetapnya terdiri daripada beberapa buah negeri seperti Terengganu, Perlis dan Pahang.
DAYA KREATIVITI DAN INOVASI TOKOH

PENCAPAIAN
Beliau seorang yang bersungguh-sungguh di dalam mempertahankan serta mengekalkan produk batik terap daripada pupus atau dilupakan. Batik terap yang dibuat oleh beliau sering mendapat tempahan dari para pelanggan tetap beliau yang telah lama berkecimpung dalam mempromosikan batik terap keluaran syarikatnya. Oleh kerana kesungguhan beliau dalam mempertahankan pembuatan batik terap, beliau telah dianugerahkan Adiguru Kraf Batik Terap pada tahun 2018.
Sifat ramah dan mesra beliau amat disenangi dan dihormati di kalangan penduduk setempat. Beliau juga tidak keberatan dengan memberikan pekerjaan kepada bekas-bekas penagih untuk bekerja di bengkel beliau.