ADIGURU KRAF TENUNAN SONGKET

Allahyarhamah Nik Zainab binti Nik Mohamed

Nama : Allahyarhamah Nik Zainab binti Nik Mohamed
Bidang Kraf : Tekstil
Adiguru Kraf : Tenunan Songket
Negeri : Kelantan
Tarikh Lahir : 6 September 1927
Lantikan Adiguru Kraf : Tahun 1994

Beliau pernah dijemput mengadakan demonstrasi menenun songket di International Tourism Fair di Berlin, Jerman


LATAR BELAKANG

Adiguru Kraf Tenunan Songket, Nik Zainab Nik Mohamed amat sinonim dengan tenunan songket. Beliau merupakan daripada kalangan pewaris penenun songket yang tersohor di Kelantan. Beliau dilahirkan di Kampung Penambang, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1927 dan bersekolah sehingga tamat darjah 5. Setelah itu, beliau terus belajar menenun dan mendapat dorongan sepenuhnya daripada keluarga. Pada usia 15 tahun, beliau telah mahir menenun songket dan diberi kepercayaan menyiapkan tempahan yang diterima.

DAYA KREATIVITI DAN INOVASI

Selain daripada menghasilkan kain songket, beliau turut mempelbagaikan keluaran produk songket yang lain seperti hiasan dinding, panel hiasan, beg, selipar dan lain-lain keperluan yang bersesuaian. Bagi meningkatkan lagi mutu songketnya, Hajah Nik Zainab mempelajari teknik baru terutama dari India dan Thailand yang terkenal dengan keluaran songketnya.  Pengalaman baru ini digabung dengan kemahiran tempatan bagi menghasilkan songket yang lebih cantik dan bermutu tinggi.

PENCAPAIAN

Beliau turut mengadakan pameran, demonstrasi dan menyertai promosi yang dianjurkan oleh agensi kerajaan dan swasta samada di dalam mahupun luar Negara:

  1. 1995 – menyertai pameran di International Tourism Fair di Berlin, Jerman ditaja oleh Pelancongan Malaysia.
  2. Beliau juga berpeluang melawat beberapa Negara yang ada menghasilkan songket seperti Jepun, Thailand, Indonesia dan Brunei Darul Salam.
  3. Menyertai FMM Trade Fair, Wicitra Fair.

Beliau telah dilantik sebagai Adiguru Kraf Songket pada tahun 1995 oleh Kraftangan Malaysia.

GALERI

VIDEO