PENGENALAN
Encik A. Samri a/l Abdul Rahman dilahirkan pada 27 Ogos 1975 di Kuala Langat, Selangor dan mula bergiat aktif dalam seni kraf ukiran sejak tahun 1993 ketika berusia 18 tahun. Beliau mewarisi seni kraf ukiran ini secara turun temurun dan mendapat tunjuk ajar daripada Adiguru Kra Ukiran Patung / Topeng, Mendiang Pion Anak Bumbong. Beliau telah menerima Anugerah Tukang Ulung Hasil Rimba (Ukiran Patung & Topeng Orang Asli) pada tahun 2011 dan dilantik sebagai Adiguru Kraf Ukiran Patung Mah Meri bagi tahun 2021.