PENERBITAN

Seni Ukiran Halus Dalam Persenjataan Tradisional

Tajuk: Seni Ukiran Halus Dalam Persenjataan Tradisional
Pengarang: Panel Penulisan Kraftangan Malaysia
Terbitan: 2013
Penulis: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Harga:
Bil. Muka Surat: 61 muka surat
Bahasa: Bahasa Inggeris

Fungsi dan peranan ini sedikit demi sedikit diperindahkan dengan reka corak bagi menjelmakan identiti dan falsafah masyarakat setempat selain menyerlahkan ciri kegagahan dan kepahlawanan


RINGKASAN KANDUNGAN

Buku ini mengetengahkan ciri estetika seni ukiran halus pada senjata tradisional yang digunakan oleh masyarakat terdahulu bagi tujuan aktiviti pertanian, berburu, mempertahankan diri dan bertempur dengan musuh. Penampilan senjata yang pada awalnya hanya sebilah besi ringkas kemudiannya ditambah dengan penggunaan sepotong kayu, tulang atau tanduk bagi memudahkannya dipegang atau dikendalikan dan kemudiannya mula digandingkan dengan sarung bagi tujuan keselamatan. Fungsi dan peranan ini sedikit demi sedikit diperindahkan dengan reka corak bagi menjelmakan identiti dan falsafah masyarakat setempat selain menyerlahkan ciri kegagahan dan kepahlawanan kepada pemakainya. Kandungan buku ini menghuraikan secara mendalam berkaitan teknik ukiran halus, jenis-jenis serta keindahan senjata tradisional masyarakat Melayu selain kepelbagaian etnik dalam masyarakat Sabah, Sarawak dan Orang Asli.