PENERBITAN
Kilauan Tembaga
Tajuk: Kilauan Tembaga
Pengarang:Â Panel Penulisan Kraftangan Malaysia
Terbitan: 2008
Penulis: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Harga: RM30.00
Bil. Muka Surat: 72 Muka Surat
Bahasa: Bahasa Malaysia
Adat turut diceritakan serta penggunaan tembaga itu yang hanya digunakan oleh golongan raja serta bangsawan sahaja
RINGKASAN KANDUNGAN
Buku ini memaparkan bagaimana gandingan kemahiran tangan dan ketajaman minda dapat mencetuskan pelbagai bentuk kraf melalui seni kraf tembaga. Kepelbagaian falsafah, adat turut diceritakan serta penggunaan tembaga itu yang hanya digunakan oleh golongan raja serta bangsawan sahaja. Buku kilauan ini menyingkap perusahaan yang dipercayai telah berusia lebih 300 tahun dan sehingga kini diusahakan oleh tukang-tukang tembaga di Terengganu. Coretan sejarah negeri Terengganu sebagai negeri peneraju pembuatan tembaga di Malaysia. Gambar-gambar produk tembaga dipaparkan bagi pembaca melihat betapa keunikan dan kehalusan pembuatan tembaga. Dengan terhasilnya buku ini maka ianya dijadikan sebagai cara mendokumenkan maklumat berkaitan pertukangan tradisional ini untuk masyarakat mengenali dan menghargai warisan berzaman ini. Kesimpulannya buku ini dapat menerangkan hasil kraf tembaga yang telah digunakan sejak lama dahulu sehingga kini.