PENERBITAN

Ensiklopedia Kraf Malaysia

Tajuk: Ensiklopedia Kraf Malaysia
Pengarang: Panel Penulisan Kraftangan Malaysia
Terbitan: 2012
Penulis: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Harga: RM40.00
Bil. Muka surat: 291 muka surat
Bahasa: Bahasa Malaysia

Klik untuk pembelian

Tiada yang lama maka tiadalah yang baru kerana ia lambang kepada peradaban tamadun sesuatu bangsa


RINGKASAN KANDUNGAN

Buku ini diterbitkan bagi tujuan untuk memberi pengetahuan dan kefahaman serta bacaan kepada khalayak umum mengenai seni kraf tempatan. Buku ini yang merangkumi bidang tekstil, hasil rimba, hasil logam, hasil tanah dan aneka kraf. Maklumat yang dikumpulkan merangkumi produk, bahan, teknik, reka corak, ragam hias dan tokoh-tokoh yang mengungguli kemahiran bidang kraf masing-masing. Ia tidak hanya terhad kepada kraf warisan sahaja tetapi buku ini menampilkan kraf seni moden dan kontemporari dengan adunan serta olahan daripada budaya dan etnik masyarakat negara ini. Penerbitan buku ini oleh Kraftangan Malaysia adalah usaha memulihara dan memelihara seni kraf warisan supaya ia terus berkembang dan dihargai, khususnya generasi akan datang. Tiada yang lama maka tiadalah yang baru kerana ia lambang kepada peradaban tamadun sesuatu bangsa. Kesimpulannya dari buku ini dapat menjadi sumber rujukan yang berguna kepada masyarakat umum dan dijadikan sumber rujukan kepada usahawan-usahawan kraf.