TEKSTIL
KOLEKSI KRAF
Produk kraf tekstil dihasilkan daripada bahan fleksibel melalui tenunan benang. Tekstil atau fabrik ini dibentuk menggunakan teknik seperti, terapan, sulaman, jahitan, tenunan dan ikatan bagi menghasilkan produk kraf batik, songket, tenunan, tekatan, sulaman dan jahitan kreatif. KOLEKSI KRAF
Produk kraf hasil rimba dihasilkan daripada bahan seperti kayu, buluh, rotan, pandan, mengkuang, serdang, bemban, kercut, resam atau salingkawang, ribu-ribu atau linkong, daun sal, bertam, rumbia, tempurung, daun dan bunga kering. Bahan-bahan ini dibentuk menggunakan pelbagai teknik tradisional dan moden untuk menghasilkan produk ukiran, larik, anyaman dan produk berstruktur. HASIL RIMBA
HASIL LOGAM
KOLEKSI KRAF
Produk kraf hasil logam dihasilkan daripada bahan logam seperti emas, perak, tembaga, piuter, besi dan aluminium. Bahan-bahan ini dibentuk menggunakan pelbagai teknik tradisional dan moden bagi menghasilkan produk kegunaan harian, cenderamata, aksesori hiasan diri dan hiasan dalaman. KOLEKSI KRAF
Produk kraf hasil tanah dihasilkan daripada sumber mineral asli di dalam bumi seperti tanah, batuan, kristal dan kaca. Sumber-sumber mineral ini dibentuk menggunakan pelbagai teknik tradisional dan moden bagi menghasilkan produk terracotta, earthenware, stoneware, porselin, hydrostone, sandstone, plasters of paris, marmar, kristal dan kaca. HASIL TANAH
KOLEKSI KRAF
Produk aneka kraf dihasilkan selain daripada bahan utama hasil rimba, tekstil, hasil tanah dan hasil logam. Produk ini dibentuk menggunakan pelbagai teknik dan bahan seperti manik dan mutiara, cengkerang, kulit, kombinasi daripada bahan mentah utama (hasil rimba, tekstil, hasil tanah dan hasil logam) dan lain-lain seperti acrylic, getah dan plastik sintetik untuk menghasilkan produk kegunaan harian, cenderamata, aksesori hiasan diri dan hiasan dalaman. ANEKA KRAF
ANEKA
KRAF