ADIGURU KRAF PERTUKANGAN TEMBAGA
SALLEH BIN MOHD
Nama : Salleh bin Mohd
Bidang Kraf : Metal Products
Adiguru Kraf : Pertukangan Tembaga
Negeri : Terengganu
Tarikh Lahir : 21 April 1945
Lantikan Adiguru Kraf : Tahun 2008
Daya kreativiti beliau terserlah melalui kebijaksanaan dalam memilih dan menggubah reka corak berunsurkan motif flora yang disesuaikan dengan bentuk produk kraf mengikut kehendak dan cita rasa pelanggan
Salleh bin Mohd dilahirkan pada 21 April 1945 di Kampung Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu. Beliau mewarisi kemahiran pertukangan tembaga daripada bapanya setelah menamatkan persekolahan di tingkatan tiga. Sejak tahun 1960 beliau mula bergiat aktif membina perusahaan kraf tembaga milik keluarganya. Beliau mahir menghasilkan produk tembaga seperti dulang hantaran, acuan bahulu, kebak laksa dan kuali tembaga. Sebagai penghargaan kepada kesungguhan dan kemahiran beliau terhadap seni kraf pertukangan tembaga, beliau telah diberi pengiktirafan sebagai Adiguru Kraf Tembaga oleh Kraftangan Malaysia pada tahun 2008.
Salleh bin Mohd was bom on 21 Apill 1945 in Kampung Ladang Kuala Terengganu, Terengganu. He inherited the copper smithing skills from his father upon completing form three in high school. Since 1960, he has been actively developing his family copper crafts business. He is skilled in producing copper products such as gift trays (dulang hantaran), bahulu moulds, kebak laksa instrument of making laksa) and copper wok. In appreciation of his enthusiasm and skills in the craft of copper smithing, he was recognised as Master Craftsman of Coppersmith by the Malaysian Handicraft in 2008.
Bio
Encik Salleh bin Mohd atau lebih dikenali dengan nama “Pak Leh” merupakan nama yang tidak asing lagi dikalangan penggiat seni kraf tembaga. Beliau merupakan anak jati kelahiran Kampung Ladang, Sekolah Kuala Terengganu, Terengganu. Dilahirkan pada 21 April 1945 dan telah mendapat pendidikan formal sehingga Tingkatan Tiga.
Disebabkan kesempitan hidup, beliau terpaksa menamatkan alam persekolahan lebih awal walaupun mempunyai cita-cita untuk ke peringkat yang lebih tinggi. Beliau telah melakukan pelbagai pekerjaan bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga. Bermula dengan membantu bapanya dalam perusahaan tembaga secara kecil-kecilan, beliau mula menunjukkan minat dan bakat yang mendalam dalam kemahiran pertukangan kraf tembaga. Beliau memulakan kerjaya sebagai pengusaha kraf tembaga pada 1960 dan merupakan pemilik sebuah syarikat Tembaga Terengganu.
Beliau merupakan salah seorang usahawan pertukangan kraf tembaga yang amat disegani di kalangan usahawan tembaga yang lain. Daya kreativiti beliau terserlah melalui kebijaksanaan beliau dalam memilih dan menggubah reka corak berunsurkan motif flora kemudian disesuaikan dengan bentuk produk kraf yang dihasilkan mengikut kehendak dan cita rasa pelanggan. Dahulunya, beliau hanya tertumpu pada pembuatan produk set perkahwinan sahaja. Kini, beliau terus giat aktif memperluaskan lagi karya seni beliau dengan menghasilkan pelbagai produk lain seperti sarang bahulu, kebak laksa dan kuali tembaga.
Bagi memperluaskan lagi pasaran, beliau turut meneroka penggunaan alatan moden dalam seni Pertukangan Tembaga. Ia bertujuan untuk mempercepatkan proses pertukangan dalam masa yang sama kualiti dan keindahan kraf tembaga masih terus dikekalkan.
Pak Leh juga turut mendapat tempahan untuk koleksi Muzium Negeri Terengganu dan Obor sukan SEA pada 2001. Bakat dan kemahiran yang ada pada beliau tidak disia-siakan apabila beliau mendapat pengiktirafan sebagai Adiguru Kraf Tembaga oleh Kraftangan Malaysia pada tahun 2008.

