Nama : Mohammad bin Jusoh
Bidang Kraf : Forest Products
Adiguru Kraf : Ukiran Halus
Negeri : Terengganu
Tarikh Lahir : 22 Mac 1966
Lantikan Adiguru Kraf
 : Tahun 2026

Selaku anak didik kepada Allahyarham Tengku Ibrahim bin Tengku Wook, Tokoh Kraf Negara (1998) dan berpengalaman lebih 33 tahun dalam bidang kraf ukiran halus, beliau memiliki kepakaran tinggi menghasilkan ukiran halus pada sarung dan hulu senjata khususnya tongkat, golok dan keris.


Mohammad bin Jusoh merupakan anak jati Kampung
Gong Bayor, Besut, Terengganu dilahirkan pada
22 Mac 1966. Beliau merupakan anak didik kepada
Allahyarham Tengku Ibrahim bin Tengku Wook, Tokoh
Kraf Negara (1998). Berpengalaman lebih 33 tahun
dalam kraf ukiran halus, beliau memiliki kepakaran
tinggi menghasilkan ukiran halus pada sarung dan
hulu senjata khususnya tongkat, golok dan keris.
Kepakaran dan kehalusan hasil kerja beliau terbukti
apabila mendapat tempahan bagi menghasilkan hulu
Keris Jubli Perak sempena 25 tahun pemerintahan
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Setiap hasil
ukiran beliau mempunyai keunikan tersendiri melalui
kepelbagaian olahan motif dan reka corak berasaskan
flora dan fauna seperti ketumbit, gajah, burung dan
naga. Komited melestarikan seni kraf ukiran halus
melalui pelbagai aktiviti dokumentasi, penghasilan
produk dan demonstrasi ukiran halus di dalam
negara. Kepakaran dan sumbangan beliau diiktiraf
dan dilantik sebagai Adiguru Kraf Ukiran Halus pada
tahun 2026.


GALERI

Video