ADIGURU KRAF ANYAMAN RIBU-RIBU
Farnie binti Loboi
Nama : Farnie binti Loboi
Bidang Kraf : Forest Products
Adiguru Kraf : Anyaman Ribu-Ribu
Negeri : Sabah
Tarikh Lahir : 12 Februari 1970
Lantikan Pertama Adiguru Kraf : Tahun 2025
Dilahirkan pada 22 Februari 170 di Kampung Timug, Matunggong, Kudat Sabah. Memiliki kepakaran dan kemahiran teknik anyaman seperti tulang belut, mata punai dan sulaman manik dengan olahan pelbagai motif geometri tradisional Rungus. Keunikan karyanya jelas terserlah melalui gabungan kreativiti anyaman ribu-ribu dan sulaman manik dalam penghasilan produk seperti beg, mangkuk tingkat, alas tinggan, pasu dan bakul. Beliau merupakan nadi utama dan ketua pengajar anyaman ribu-ribu kepada komuniti pengeluaran produk anyaman ribu-ribu khususnya di kampung kelahiran beliau.
Born on 22 February 1970 in Kampung Timug, Matunggong, Kudat, Sabah, she possesses extensive expertise and skills in weaving techniques such as tulang belut, mata punai, and bead embroidery, incorporating a variety of traditional Rungus geometric motifs. The uniqueness of her work is evident in the creative combination of ribu-ribu weaving and bead embroidery in the production of items such as bags, tiered containers, table mats, vases, and baskets. She serves as a key driving force and lead instructor in ribu-ribu weaving for the community of ribu-ribu weaving artisans, particularly in her home village.
PENGENALAN
Farnie binti Loboi dilahirkan pada 12 Februari 1970 di Kampung Timug, Matunggong, Kudat, Sabah. Bakat dan kreativitinya menyerlah sejak di bangku sekolah apabila beliau mempelajari seni kraf anyaman ribu-ribu daripada ibunya, Puan Monguramung Gakup. Beliau merupakan nadi utama dan ketua pengajar anyaman ribu-ribu kepada komuniti pengeluaran produk anyaman ribu-ribu khususnya di Kampung Timug, Matunggong, Kudat, Sabah. Komitmen beliau dalam pelbagai aktiviti pembangunan produk, demonstrasi kraf, menjadi tenaga pengajar serta terlibat dalam aktiviti pengembangan ilmu.

