Adiguru Kraf Tembikar
Allahyarham Zamari @ Zamri Pandak Ahmad
Nama : Allahyarham Zamari @ Zamri Pandak Ahmad
Bidang Kraf : Earth-based Products
Adiguru Kraf : Tembikar
Negeri : Perak
Tarikh Lahir : 15 November 1942
Lantikan Adiguru Kraf : Tahun 2007
Beliau pernah dijemput oleh Kerajaan Jepun untuk mengadakan demonstrasi pembuatan labu sayong di Nagoya, Jepun pada tahun 2002
Zamari @ Zamri bin Pandak Ahmad dilahirkan pada 16 November 1942 di Kampung Kepala Bendang, Kuala Kangsar, Perak. Beliau mewarisi kemahiran pembuatan tembikar menggunakan teknik tradisional picit cubit daripada datuknya sejak berusia 15 tahun. Beliau terkenal sebagai pengusaha Labu Sayong yang menghasilkan reka bentuk beridentiti tersendiri melalui teknik acuan yang kreatif dan inovatif. Sejak tahun 1974, beliau berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Kraftangan Malaysia serta memainkan peranan penting dalam memperkenalkan dan memajukan industri kraf tembikar di Perak, Pahang dan Kelantan. Pada tahun 2002, beliau turut diundang mengajar pembuatan Labu Sayong di Nagoya, Jepun menerusi kerjasama dengan Universiti Teknologi MARA. Atas sumbangan dan kepakaran beliau, Zamari menerima Anugerah Seal of Excellence daripada UNESCO AHPADA pada tahun 2002 dan dianugerahkan gelaran Adiguru Kraf Labu Sayong oleh Kraftangan Malaysia pada tahun 2007. Beliau meninggal dunia pada 26 Mei 2009.
Zamari @ Zamri bin Pandak Ahmad was born on 16 November 1942 in Kampung Kepala Bendang, Kuala Kangsar, Perak. He inherited the traditional pinch-and-coil pottery-making technique from his grandfather at the age of 15. He became well known as a Labu Sayong potter, producing distinctive pottery with his own unique identity through innovative mould-making techniques. In 1974, he was appointed as an instructor at Kraftangan Malaysia, where he played an important role in promoting and developing the pottery craft industry in Perak, Pahang, and Kelantan. In 2002, he was invited to teach Labu Sayong pottery-making in Nagoya, Japan, through a collaboration with Universiti Teknologi MARA. In recognition of his expertise and contributions, he received the UNESCO AHPADA Seal of Excellence Award in 2002 and was honoured with the title of Master Craftsman of Pottery by Kraftangan Malaysia in 2007. He passed away on 26 May 2009.
PENGENALAN
Kampung Kepala Bendang di daerah Kuala Kangsar terkenal dengan perusahaan membuat tembikar tradisional terutamanya labu Sayong dan menjadi sebutan di seluruh negara. Salah seorang pakar yang menghasilkan labu Sayong ialah Encik Zamri Pandak Ahmad.
Beliau dilahirkan pada 16 November 1942 dan memperolehi kemahiran membuat labu Sayong pada umur 15 tahun. Pada ketika itu perusahaan membuat tembikar dimonopoli oleh kaum wanita sahaja. Oleh kerana minat, Zamari tidak merasa kekok dan menjadikannya satu-satu kaum lelaki yang membuat tembikar di kampungnya ketika itu.
Sekitar tahun 1974, beliau telah ditawarkan sebagai tenaga pengajar seramik di Lembaga Kraf Malaysia yang kemudian dikenali sebagai Kraftangan Malaysia. Selain daripada mengajar kemahiran membuat seramik, Encik Zamari turut diberi tugas dan tanggungjawab memperkenal dan memajukan seni kraf tembikar di Koperasi-koperasi Industri Kampung yang terdapat di seluruh negara termasuk Koperasi Industri Kampung di Kelantan, Pahang dan Perak.
DAYA KREATIVITI DAN INOVASI
Walaupun terikat dengan tugas dan tanggungjawab beliau sebagai pengajar di Kraftangan Malaysia, beliau masih berkesempatan meluangkan masa memberi latihan dan bimbingan berkaitan dengan pembuatan tembikar kepada belia dan beliawanis yang tinggal di sekitar Kuala Kangsar. Harapan beliau supaya golongan muda ini dapat mengisi masa lapang dengan kegiatan berfaedah yang boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan serta memastikan warisan ini berkekalan.
Kreativiti beliau dapat dilikat berdasarkan inovasi dan pengubahsuaian dalam reka bentuk dan reka corak mengikut kehendak semasa. Bagi mengekalkan ciri-ciri estetik, Encik Zamri masih membentuk labu Sayong menggunakan kemahiran tangan. Beliau bergerak cergas dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan menjadikan beliau antara tokoh yang disegani oleh masyarakat setempat.
Kemahiran beliau mendapat pengikitrafan dari dalam dan luar negara antaranya anugerah ”Seal of Excellence” oleh UNESCO AHPADA 2002. Pada tahun yang sama beliau dijemput oleh Kerajaan Jepun mengadakan demonstrasi pembuatan Labu Sayong di Nagoya Jepun dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA. Bagi menghargai sumbangan beliau di dalam membangunkan industri kraf seramik, Kraftangan Malaysia melantik beliau sebagai Adiguru Kraf Labu Sayong pada tahun 2007. Namun pada tanggal 26 Mei 2009, beliau yang telah kembali ke Rahmatullah. Segala jasa dan bakti beliau dalam memartabatkan seni kraf Labu Sayong amat disanjungi. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T. dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.




