Adiguru Kraf Kayu

Abd Muhaimin Bin Hasbollah

Nama : Abd Muhaimin bin Hasbollah
Bidang Kraf : Forest Products
Adiguru Kraf : Kayu
Negeri : Pahang
Tarikh Lahir : 21 Ogos 1965
Lantikan Adiguru Kraf : Tahun 2019

Antara karya ukiran yang pernah beliau hasilkan adalah ukiran hiasan Dewan Parlimen dan Istana Alam Shah

Abd Muhaimin bin Hasbollah dilahirkan pada 21 Mei 1965 di Pontian, Johor. Beliau mula bergiat aktif dalam seni ukiran kayu sejak tahun 1986. Minat yang mendalam dalam bidang ukiran kayu telah mendorong beliau menyambung pengajian Sijil Orientasi Pengeluaran Kraftangan Malaysia di Institut Kraf Negara pada tahun 1988. Beliau mahir dalam menggabungkan kepelbagaian teknik dan bahan dalam ukiran kayu dan setiap karya yang dihasilkan memiliki identiti tersendiri. Beliau telah dilantik sebagai Adiguru Kraf Kayu pada tahun 2019.

 

Abd Muhaimin bin Hasbollah was born on 21 May 1965 in Pontian, Johor. He has actively been involved in the wood carving arts since 1986. His passion in the field of wood carving prompted him to pursue his studies for the ‘Sijil Orientasi Pengeluaran Kraftangan Malaysia’ (Malaysian Handicraft Production Orientation Certificate) at the National Craft Institute in 1988. He is skilled in combining a variety of techniques and materials in wood carving and each masterpiece produced has its own identity. He was appointed as Wood Crafts Master Craftsman in 2019.


GALERI