Nama : Hajah Sa’anah binti Suhaili
Bidang Kraf : Textile
Adiguru Kraf : Tenunan Songket Sarawak
Negeri : Sarawak
Tarikh Lahir : 10 September 1956
Lantikan Adiguru Kraf
 : Tahun 2026

Beliau merupakan ketua bagi Kumpulan Tenunan Songket Rajang dan juga anak didik kepada Adiguru Kraf Tenunan Songket Sarawak (1995), Allahyarhamah Dayang Norsalam binti Pengiran Perseh. Berpengalaman lebih 32 tahun dalam
kraf tenunan songket Sarawak, beliau memiliki kepakaran
yang tinggi dalam menghasilkan songket yang bermutu
dan berkualiti.


Sa’anah binti Suhaili merupakan anak jati Belawai, Sarawak
dilahirkan pada 10 September 1956. Beliau merupakan
ketua bagi Kumpulan Tenunan Songket Rajang dan
juga anak didik kepada Adiguru Kraf Tenunan Songket
Sarawak (1995), Allahyarhamah Dayang Norsalam binti
Pengiran Perseh. Berpengalaman lebih 32 tahun dalam
kraf tenunan songket Sarawak, beliau memiliki kepakaran
yang tinggi dalam menghasilkan songket yang bermutu
dan berkualiti.
Kepakaran dan kehalusan hasil kerja beliau terbukti
apabila beliau dianugerahkan Tukang Ulung Bidang
Tenunan (2014) oleh Kraftangan Malaysia dan anugerah
Sandang Warisan Songket oleh UNESCO (2022). Setiap
hasil tenunan beliau mempunyai keunikan tersendiri
dengan mengetengahkan identiti masyarakat Melanau
melalui pelbagai olahan motif dan reka corak seperti
bunga butang, simpulan kasih, bunga penuh indah
mentari, rebung tegak, mutiara, bunga salak serta akar
buah lakom. Kepakaran dan sumbangan beliau diiktiraf
dan dilantik sebagai Adiguru Kraf Tenunan Songket
Sarawak pada tahun 2026.


GALERI

Video