Adiguru Kraf Batik Terap/Blok
Ibrahim bin Deraman
Nama : Ibrahim bin Deraman
Bidang Kraf : Tekstil
Adiguru Kraf : Batik Terap/Blok
Negeri : Kelantan
Tarikh Lahir : 21 January 1958
Lantikan Adiguru Kraf : Tahun 2019
Beliau mahir dalam proses memasak lilin mengikut nisbah campuran lilin dan resin yang betul bagi menghasilkan terapan lilin yang sempurna dan berkualiti pada kain
PENGENALAN
Encik Ibrahim bin Deraman atau lebih dikenali Encik Mahadi (Pok Him) merupakan seorang pengusaha batik yang terkenal bukan sahaja di Negeri Kelantan malahan sehingga ke negara Singapura dan Brunei. Beliau adalah seorang pengusaha batik yang terkemuka dan terkenal dengan produk Batik Terap disamping teknik lain seperti canting dan sebagainya. Beliau merupakan antara pengusaha batik yang masih aktif menghasilkan Batik Terap atau Cop sejak dari mula bergiat aktif di bidang ini pada 1971 dengan memiliki hampir ratusan unit blok batik berasaskan rekacorak lama hingga terkini yang disimpan secara rapi/sistematik?. Pada masa kini, kekemasan dan kehalusan hasil kerja beliau telahpun dikenali dengan identiti tersendiri.
DAYA KREATIVITI DAN INOVASI
Kemasyhuran bot hasil seni buatan Tuan Haji Abdullah telah disebarkan melalui media cetak dan elektronik tempatan serta luar negara yang membuat liputan kehebatan seni pembuatan bot tradisional beliau. Pada tahun 2006, beliau telah mendapat pengiktirafan Anugerah Kesenian Negeri Terengganu yang disampaikan oleh pihak kerajaan negeri.
PENCAPAIAN
Beliau seorang yang bersungguh-sungguh di dalam mempertahankan serta memartabatkan produk batik terap dari kian pupus atau dilupakan. Oleh kerana kesungguhan beliau dalam mempertahankan pembuatan batik terap, beliau telah dianugerahkan sebagai Tukang Ulung pada tahun 2015 dan seterusnya Adiguru Kraf Batik Terap pada tahun 2019.