Adiguru Kraf Pertukangan Tembaga

Allahyarham Wan Abdullah bin Wan Muda

Nama :  Allahyarham Wan Abdullah bin Wan Muda
Bidang Kraf : Hasil Logam
Adiguru Kraf : Pertukangan Tembaga
Negeri : Terengganu
Tahun Kelahiran : 1914
Lantikan Adiguru Kraf : Tahun 1987

Logam tembaga perlu ditempa dan diukir dengan penuh kesungguhan bagi menghasilkan barangan yang indah dan berkualiti

Memiliki kepakaran dalam proses peleburan tembaga dengan memastikan acuan berada dalam keadaan sempurna dan mengawal kepanasan suhu bagi mengelakkan lebihan angin terhadap acuan. Antara produk yang dihasilkan ialah acuan kuih seperti sarang cermai, sarang apik-apik, bakor, kuali kuah, tempayan dan pasu bunga. Beliau meninggal dunia pada 14 Mac 2004.

 

An expert in the process of copper smelting, he was renowned for his ability to ensure that the moulds were perfectly crafted and for skillfully controlling the temperature to prevent excess air from affecting the moulds. His creations included traditional molds for cakes such as sarang cermai, sarang apik-apik, as well as bakor, saucepans, jars, and flower vases. He passed away on March 14, 2004, leaving behind a remarkable legacy of craftsmanship and expertise.


PENGENALAN

Allahyarham Wan Abdullah bin Wan Muda

DAYA KREATIVITI DAN INOVASI

Kemasyhuran bot hasil seni buatan Tuan Haji Abdullah telah disebarkan melalui media cetak dan elektronik tempatan serta luar negara yang membuat liputan kehebatan seni pembuatan bot tradisional beliau. Pada tahun 2006, beliau telah mendapat pengiktirafan Anugerah Kesenian Negeri Terengganu yang disampaikan oleh pihak kerajaan negeri.

Salah seorang daripada enam cahayamata beliau, iaitu Encik Khairul Azuar kini telah mewarisi seni kemahiran pembuatan kraf ini. Selain itu, Tuan Haji Abdullah turut mencurahkan ilmu kemahiran kepada para pekerja di bengkelnya di Pulau Duyung termasuk sekumpulan pelatih yang dibiayai oleh agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri Terengganu. Bengkel khas ini terletak berhampiran rumah beliau yang mana membolehkannya melancarkan bot ke permukaan air setelah siap. Ruangan bengkel luas serta berbumbung mampu menempatkan sehingga empat buah bot pada satu-satu masa walaupun pada musim hujan.

DAYA KREATIVITI DAN INOVASI

Tuan Haji Abdullah telah berjaya menyiapkan pelbagai tempahan kapal layar daripada pelanggan luar negara seperti Singapura, Algeria, Australia, Denmark, England, Itali, New Zealand, Kanada, Amerika Syarikat dan Perancis. Salah satu karya penghasilan terbaik beliau ialah kejayaan menyiapkan tempahan bot berukuran 52 kaki x 16 kaki daripada rakyat Amerika Syarikat yang kini ditempatkan di Muzium Alaska, Amerika Syarikat pada tahun 1980. Malahan para pelanggannya sanggup datang sendiri untuk bertemu dengan Tuan Haji Abdullah untuk membuat tempahan. Sejak tahun 1965, tidak kurang 20 buah bot buatan beliau yang terdapat di seluruh pelusuk dunia.

Pencapaian Tuan Haji Abdullah bin Muda amat membanggakan dalam membangunkan industri pembikinan bot tradisional negara. Kraftangan Malaysia telah melantik beliau sebagai Adiguru Kraf Bot Tradisional oleh Kraftangan Malaysia pada tahun 2006 sebagai penghargaan dan pengiktirafan kepada beliau ia atas usaha membangunkan industri bot tradisional negara.

GALERI

Video