Soalan Lazim
Visi
Menjadi pemimpin dalam pertumbuhan, pembangunan dan promosi industri kraf yang kukuh dan berdaya saing.
Objektif
Untuk membangunkan dan mempromosikan pengusaha dan industri kraf negara.
Sila layari laman web kami, www.kraftangan.gov.my atau hubungi kami di talian 03-2162 7459 untuk keterangan lanjut.
Alamat penuh berserta nombor telefon bagi setiap cawangan Kraftangan Malaysia ada dipaparkan di laman web kami www.kraftangan.gov.my.
Sila layari laman web kami atau hubungi kami di talian 03-2162 7459 untuk sebarang keterangan lanjut.
Tuan/puan boleh menghubungi cawangan-cawangan negeri untuk urusan pendaftaran usahawan kraf Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Selain itu kaedah lain adalah dengan mendaftar secara online.
Sila layari laman web kami, www.kraftangan.gov.my atau hubungi Unit Pembangunan Usahawan Kraf di talian terus 03-2161 1029 atau talian utama 03-2162 7459 untuk sebarang keterangan lanjut.
Sebarang kekosongan jawatan akan diiklankan di akhbar-akhbar utama. Walaubagaimanapun tuan/puan boleh menghubungi Seksyen Sumber Manusia di talian 03-2162 7459 sambungan 132 untuk keterangan lanjut.
Pihak Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia akan memaparkan sebarang aktiviti atau program yang dijalankan dari semasa ke semasa di laman web rasmi kami selain daripada makluman di akhbar-akhbar utama dan stesen televisyen / radio.
Sila layari www.kraftangan.gov.my atau hubungi kami di talian 03-21613793 untuk keterangan lanjut.
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia melalui anak syarikatnya Syarikat Pemasaran Karyaneka Sdn. Bhd. bertanggungjawab dalam urusan pemasaran produk-produk kraf dari seluruh Malaysia. Berkunjunglah ke premis outlet Karyaneka di Kompeks Kraf Kuala Lumpur atau hubungi 03-21642987 untuk sebarang pertanyaan.
Selain itu laman web Kraftangan Malaysia juga ada memaparkan senarai dan alamat lengkap pengusah-pengusaha kraf serta bidang kraf mengikut negeri.
Sila layari laman web kami, www.kraftangan.gov.my atau hubungi pihak kami di talian 03-2162 7459 untuk keterangan lanjut.
Kraftangan Malaysia melaksanakan sistem pendaftaran pembekal / kontraktor adalah bertujuan untuk mengumpul maklumat dan rekod syarikat pembekal / kontraktor yang mempunyai kemahiran dan kelayakan untuk melaksanakan bekalan / perkhidmatan / kerja di Kraftangan Malaysia.
Setiap syarikat pembekal / kontraktor yang ingin mengambil bahagian dalam perolehan dengan Kraftangan Malaysia dikehendaki mendaftar dengan Unit Kewangan dan Kejuruteraan.
i. Disenaraikan sebagai pembekal / kontraktor yang berpotensi mengikut kemahiran dalam bidang yang bersesuaian di Kraftangan Malaysia.
ii. Membolehkan syarikat / kontraktor mengambil bahagian dalam urusan perolehan di Kraftangan Malaysia.
iii. Syarikat / kontraktor yang berdaftar berpeluang membekal barangan / perkhidmatan yang ditawarkan.
i. Mengisi borang pendaftaran dengan lengkap beserta dengan dokumen sokongan.
ii. Membuat bayaran pendaftaran.
iii. Pendaftaran hanya perlu dibuat sekali sahaja tetapi perlu dikemaskini maklumat dari semasa ke semasa.
iv. Pendaftaran ini bukan merupakan perjanjian untuk mendapatkan mana-mana pembekalan / perkhidmatan / kerja dengan Kraftangan Malaysia.
v. Maklumat dalam borang pendaftaran adalah sulit.