PENERBITAN

Tenun Pahang

Tajuk: Tenun Pahang
Pengarang: Panel Penulisan Kraftangan Malaysia
Terbitan: 2012
Penulis: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Harga: RM40.00
Bil. Muka Surat: 98 Muka Surat
Bahasa: Bahasa Malaysia

Klik untuk pembelian

"Kalau berkunjung ke Negeri Pahang, Singgah sebentar di Pulai Keladi, Kain Tenun indah dipandang, Jadikan kenangan kekal abadi"


RINGKASAN KANDUNGAN

Kehalusan sutera Tenun Pahang bukan sekadar pelengkap busana diraja, golongan istana, para pembesar negeri dan bangsawan, bahkan warisan ini turut dijadikan cenderamata. Walaupun begitu, kini terdapat pengusaha yang terus menghasilkan samping dan pakaian wanita dari kain Tenun Pahang untuk dijadikan pakaian harian. Industri Tenun Pahang kini semakin terkenal dan telah turut
menyumbang dalam pembangunan industri kraf tenunan Malaysia. Kandungan buku ini menelusuri sejarah kemasukan dan perkembangan perusahaan tenun pahang ke Negeri Pahang secara khususnya. Turut dihimpunkan maklumat berkaitan proses pewarnaan asli, proses menenun, proses mengerus, reka corak, motif, fungsi dan status Kain Tenun Pahang. Buku ini turut diwarnai dengan koleksi gambar busana kain tenun pahang yang indah dan berwarna warni dari pelbagai reka corak dan motif yang pasti mempesona mata yang memandang.