PENERBITAN

Adiguru Kraf

Tajuk: Adiguru Kraf
Pengarang: Panel Penulisan Kraftangan Malaysia
Terbitan: 2007
Penulis: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Harga: RM18.00
Bil. Muka Surat: 107 Muka Surat
Bahasa: Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris

Klik untuk pembelian

Adiguru Kraf adalah insan seni yang telah mengukir nama dalam industri seni kraf tempatan


RINGKASAN KANDUNGAN

Adiguru Kraf adalah insan seni yang telah mengukir nama dalam industri seni kraf tempatan. Karya seni kraf mereka mempamerkan kehalusan dan keindahan yang tercipta daripada pelbagai adat resam dan budaya yang disesuaikan dengan pegangan hidup. Di dalam buku ini dimuatkan sebahagian daripada catatan hidup dan sumbangan yang telah diberikan oleh Adiguru-Adiguru Kraf yang sama turut memekar dan membangunkan industri kraf negara. Kesungguhan mereka dalam mengangkat dan memartabatkan seni kraf warisan ini sewajarnya diberikan sanjungan. Insan-insan istimewa ini dipilih di atas kepakaran yang tinggi, kreatif dan inovatif serta ketokohan dan kepimpinan dalam mewarnai dunia industri kraf. Pembaca akan mendapat satu pengalaman dan pengetahuan berkaitan pejuang-pejuang seni kraf yang bersungguh-sungguh dalam menghasilkan produk kraf mengikut kemahiran masing-masing.