NATIONAL MASTERCRAFTSMEN

Allahyarhamah Hajah Zainab @ Ngah binti Mamat

Nama : Allahyarhamah Hajah Zainab @ Ngah binti Mamat
Bidang Kraf : Textile
Negeri : Terengganu
Tarikh Lahir : 22 Disember 1942
Lantikan Tokoh Kraf Negara : Tahun 2002

Beliau telah mengilhamkan ‘Terengganu Songket’ yang merupakan sebuah galeri khusus bagi menghimpunkan koleksi tenunan songket Terengganu yang ditempatkan di kediamannya


Allahyarhamah Zainab @ Ngah binti Mamat dilahirkan pada tahun 1942 di Kuala Terengganu, Terengganu. Penglibatan dalam tenunan songket seawal usia remaja memberi peluang untuk beliau menguasai teknik tenunan dengan lebih mendalam sehingga menjadi seorang tokoh tenunan songket yang tersohor. Beliau sangat mahir dalam penghasilan tenunan limar bersongket dengan olahan motif serta reka corak tradisional dan kontemporari yang mempunyai nilai estetik tersendiri. Antara motif tradisional yang digunakan ialah bunga tanjung, bunga bintang, tapak sulaiman, bunga raya, pucuk rebung, awan larat, bunga teratai dan tampuk manggis. Kepakaran dan ketokohan beliau diiktiraf apabila dianugerahkan sebagai Tokoh Kraf Negara pada tahun 2002. Beliau meninggal dunia pada 3 Jun 2026.

 

The late Zainab @ Ngah binti Mamat was born on 1942 in Kuala Terengganu, Terengganu. Her passionate interest in the art of songket weaving since her early teens endowed her with the propensity to immerse herself in the said art until she became a prominent songket master craftsman. She is an expert in the production of songket with limar weaving illustrating intricate motifs complimented with traditional and contemporary designs which feature their aesthetic values. Some of the motifs used are derived from Spanish cherry (bunga tanjung), star flower (bunga bintang), starfish (tapak sulaiman), hibiscus (bunga raya), bamboo shoots (pucuk rebung), meandering clouds (awan larat), lotus flower (bunga teratai) and mangosteen calyx (tampuk manggis). Her expertise and proficiency were duly recognised when she was awarded the title of National Master Craftsman in 2002. She passed away on 3 June 2026.

Produk kraf tenunan songket Mak Ngah turut mendapat perhatian dan pengiktirafan pihak istana. Beliau pernah mendapat tempahan daripada Istana Negara untuk menghasilkan pakaian pegawai yang bertugas di istana dan mendapat tempahan daripada Istana Maziah di Terengganu untuk meghasilkan pakaian songket bagi upacara keramaian dan majlis di istana. Selain itu, beliau turut menerima tempahan produk kraf tenunan songket daripada negara luar seperti dari Negara Brunei untuk menghasilkan persalinan songket bagi pasangan pengantin diraja Brunei.

Kecintaan terhadap bidang seni tenunan mendorong Mak Ngah membuka Galeri Terengganu Songket yang merupakan mercu tanda dan lambang kejayaan beliau sebagai penenun yang disegani. Galeri tersebut menghimpunkan koleksi hasil kraf tenunan songket Terengganu untuk tatapan pengunjung daripada dalam dan luar negara selain memberi didikan dan berkongsi maklumat dengan pengunjung berkaitan seni kraf tenunan songket yang tersohor di Negeri Terengganu.

Beliau sentiasa menjadi pakar rujuk di dalam kraf tenunan songket dan Kraftangan Malaysia turut pernah melantik beliau sebagai Ahli Panel Program Bicara Tokoh pada tahun 2011. Sepanjang penglibatan Mak Ngah dalam bidang seni kraf tenunan songket, pelbagai pengiktirafan dan anugerah pernah diterima oleh beliau. Dengan kemahiran dan kepakaran yang dimiliki beliau, Kerajaan Malaysia melalui Kraftangan Malaysia telah mengiktiraf beliau sebagai Tokoh Kraf Negara pada tahun 2002.


GALERI

VIDEO